• Skip to content
  • Skip to primary sidebar
  • Produk Shaklee
  • Disclaimer
  • Tentang Saya
  • Hubungi Saya

Hidup Hebat

Blog Keluarga Anda

Archives for September 2018

Cara Tingkatkan Kadar Metabolisma Badan Dengan Cepat

By hiduphebat Leave a Comment

Assalamualaikum WBT dan salam senatero dunia.

Nak tak saya kongsikan, cara mudah tingkatkan kadar metabolisma badan? Selalunya orang perempuan bila sudah berkahwin, kadar metabolisme akan menurunkan. Maka terjadilah drama-drama berat badan lambat turun tapi cepat naik. Kita senasib okay. Tapi ada juga kawan-kawan saya yang mempunya metabolisma yang tinggi. Makan nasi tengah malam pun, badan tak naik. Seronok betul, kalau macam tu kan.

cara tingkatkan kadar metabolisme dengan cepat

 

 

Apa itu metabolisme?

Metabolisme berasal dari perkataan Greek yang bermaksud perubahan atau transformasi.

Dari segi fungsi tubuh dan pemakanan, metabolisme adalah jumlah tenaga atau kalori yang dibakar oleh tubuh untuk mengekalkan fungsi-fungsi tubuh yang asas.

Tubuh anda sebenarnya membakar kalori dengan berterusan pada setiap ketika, bukan sahaja apabila anda bersenam, malah semasa anda tidur, menonton tv mahupun membeli belah. Sebagaimana sebuah kenderaan memerlukan minyak untuk menjana kuasa, metabolisme anda merupakan pengawal atau
pengurus ‘minyak’ untuk tubuh anda.

Adakah Metabolisme Bagi Setiap Individu Berbeza?

Ia bergantung kepada komposisi tubuh individu tersebut iaitu berdasarkan jumlah otot dan jumlah lemak di dalam tubuh. Tisu otot membakar atau menggunakan lebih banyak kalori untuk mengekalkan fungsinya berbanding dengan lemak. Maka, mereka yang mempunyai banyak tisu otot akan mempunyai kadar metabolisme yang lebih tinggi berbanding dengan mereka yang mempunyai lebih banyak lemak.

Bolehkah kadar metabolisme tersebut berubah?

Sudah tentu. Sekiranya anda sedang cuba menurunkan berat badan mahupun hanya untuk mengekalkan tahap kecergasan anda, meningkatkan metabolisme anda boleh membantu anda mencapai sasaran tersebut dengan lebih cepat.

Berikut merupakan 10 kaedah mudah untuk meningkatkan metabolisme anda:

10 Tip Cepatkan metabolisme Badan

    1. Minum Air Secukupnya. Anda mungkin biasa mendengar nasihat ini. Memang benar. Meminum 8 gelas air yang disyorkan oleh pakar pemakanan sebenarynya membantu tubuh anda untuk berfungsi pada tahap yang optimum.
    2. Jangan lupa suplemen kalsium. Kajian menunjukkan bahawa kekurangan kalsium di dalam tubuh mencetuskan hormon yang menyebabkan badan anda berpaut dengan lemak yang sebenarnya boleh dibakar. Anda juga boleh mendapatkan kalsium dari susu rendah lemak, keju, dadih, ikan salmon, taufu dan oatmil.
    3. Makan!Memakan snek dengan kerap dapat membantu. Sekiranya perut anda sudah mula memulas dan berbunyi, ia bermakna ia memerlukan ‘minyak’. Jika anda tidak makan, fungsi tubuh akan menurun dan anda mungkin akan memakan berlebihan pada waktu makan seterusnya. Pilihlah snek yang mempunyai kandungan fiber dan protin yang tinggi seperti buah-buahan, biskut berfiber tinggi atau dadih.
    4. Tidur yang cukup. Tidur sekurang-kurang 7 atau 8 jam setiap malam penting untuk mengekalkan metabolisme yang sihat. Kekurangan tidur boleh mengganggu kebolehan tubuh untuk membakar kalori. (Tidur yang lebih juga tidak baik dan mempunyai kesan yang sama!). Cuba kekalkan rutin tidur yang konsisten dan tidur dan bangun pada masa yang lebih kurang sama setiap hari.
    5. Jangan Stress. Stress meningkatkan jumlah kortisol di dalam tubuh. Kortisol merupakan hormon yang memberitahu tubuh untuk menyimpan lemak sebagai persediaan sekiranya di dalam situasi yang bertekanan tinggi. Melakukan senaman seperti yoga atau bermeditasi adalah contoh yang
      baik untuk membantu mengurangkan tekanan yang dihadapi.
    6. Sinar mentari baik untuk kesihatan dan metabolisme anda. Kajian menunjukkan bahawa menghabiskan masa yang lama di dalam persekitaran yang tertutup dan gelap mempunyai kesan fisiologi yang sama seperti apabila anda tidur atau menambahkan berat badan. Waktu terbaik untuk berada di luar adalah di antara jam 11 pagi dan 3 petang. Berehatlah sebentar dari tugas-tugas pejabat atau keluarlah dari rumah dan berjalan di luar. Selain daripada mendapatkan sedikit sinar matahari anda juga akan menaikkan kadar jantung anda dan dapat menghirup udara yang segar.
    7. Lakukan senaman menggunakan pemberat (weight training). Satu paun otot akan membakar 35 hingga 50 kalori manakala satu paun lemak membakar hanya 5 hingga 10 kalori. Meningkatkan otot di dalam tubuh dapat menaikkan kadar metabolisme asas (basal metabolic rate atau BMR) anda sehingga 40%. Anda tidak perlulah menjadi pengangkat berat seperti atlet bina badan. Menggunakan pemberat yang rendah dan melakukan bilangan ulangan yang tinggi juga terbukti dapat membina otot dan membakar lemak. Interval training atau latihan berkala adalah cara yang baik untuk mendapatkan kesan senaman yang maksimum sekiranya anda sibuk dan sukar mencari masa yang panjang untuk bersenam
    8. C untuk cergas. Suplemen Vitamin C juga penting. Vitamin C dan kalsium adalah rakan yang baik dalam meningkatkan metabolisme. Kalsium dapat mempercepatkan metabolisme manakala vitamin C membantu tubuh dalam penyerapan mineral tersebut
    9. Pedas! Sekiranya anda suka memakan makanan yang pedas dan bercili, ini berita baik untuk anda. Kandungan capsaicin di dalam cili mampu membakar kalori sehingga 30 minit selepas anda memakannya.
    10. Minum Teh Hijau atau Teh Oolong. Gantikan cawan kopi atau teh tarik yang kedua itu dengan teh hijau atau teh oolong. Teh hijau
      dan teh oolong mengandungi polifenol yang dapat meningkatkan kadar metabolisme. Anda perlu meminum 4 atau 5 cawan sehari untuk melihat kesannya. Ini perkongsian dari Kevin Zahri, pengasas Jom Kurus 1 Malaysia.

Tapi nak lagi mudah dan berkesan?

Cara Tingkatkan Metabolisme Dalam Badan Dengan Selamat

Point yang 10, Kevin Zahri mencadangkan untuk ambil Teh Hijau kan. Sekaramg saya nak kongsikan Teh Paling Power Untuk Tingtkan Metabolisme Dalam Badan. Berpeluh-peluh kalau minum. Kenapa saya cakap power? Sebab ia boleh meningkatkan kadar metabolisme sebanyak 4 kali ganda.

Memperkenalkan Energy Tea Mix.

 

CINCH ENERGY TEA MIX

 

 

 

MANFAAT CINCH TEA MIX
  • Rangsangan tenaga secara semula jadi dan selamat
  • Sedap diminum, sama ada panas atau sejuk
  • Alternatif terbaik kepada snek manis dan kopi
  • Cepat bertindak untuk meningkatkan tenaga
  • Bungkusan berbentuk “stick” yang mudah bagi setiap sajian
  • Tiada perisa, pewarna dan pemanis tiruan
KANDUNGAN CINCH TEA MIX
1. Matcha Greean Tea
  • antioksida yang sangat tinggi
  • energy booster
  • metabolisme booster
  • bakar kalori sebanyak 4x ganda
2. Taurina
  • menggalakkan metabolisme
  • lebih bertenaga
  • larutkan lemak
  • membantu menghasilkan otot tanpa lemak
3. White Tea
  • membakar lemak berlebihan
  • menghalang penghasilan sel lemak yang tak perlu
  • meningkatkan metabolisme
4. Rooibos Red Tea
  • melarutkan lemak
  • meningkatkan kadar metabolisme iaitu pembakaran lemak
  • agen detox yang kuat

Power ke power?

Serius Cinch Energy Mix ini memang power.

Tak sabar nak order?

Beli sekarang secara online, dan kami pos terus ke rumah anda!

 

 

kuruscepat

Filed Under: Detox Cara Sihat, Set Produk Shaklee

Primary Sidebar

Kenali Saya, Perunding Takaful Insurans Anda

Recent Posts

  • Cara Hilangkan Bisul Bawah Ketiak / Kemaluan (Hidradenitis Suppurativa)
  • Cara Hilangkan Sakit Tekak Ulser Tonsil Dengan Cepat
  • Apa Penyakit Hidradenitis Suppurativa
  • Bepantang? Perlu Ke?
  • Kesan dan Risiko Kencing Manis Yang Tak Sanggup Nak Hadap

Recent Comments

  • Alvina on 10 Cara Hilangkan Kencing Manis Dengan Cepat
  • Nurul izzati Ramlee on Mizz Nina Idola Wanita Muslim
  • hiduphebat on Testimonial Set Detox Shaklee : Turun Berat Sampai 14 KG.
  • Mia Zain on Testimonial Set Detox Shaklee : Turun Berat Sampai 14 KG.
  • A WordPress Commenter on Hello world!

Archives

  • September 2020
  • September 2019
  • August 2019
  • April 2019
  • February 2019
  • October 2018
  • September 2018
  • July 2018
  • June 2018
  • April 2018

Categories

  • Bedah Buku
  • Detox Cara Sihat
  • Hidradenitis Suppurativa
  • Kecantikan dan Penjagaan Kulit
  • Kehamilan dan Penyusuan
  • Kencing Manis / Diabetes
  • Kesihatan
  • Kesihatan Kanak-Kanak
  • Kesihatan Lelaki
  • Kesihatan Wanita
  • Parenting
  • Product/Service Review
  • Set Produk Shaklee
  • Shine Power Biz Story
  • Takaful dan Kewangan
  • TanahAirku
  • Tip Kurus Tanpa Stress
  • Umum
  • Vivix

Terima Kasih , Sila Datang Lagi

  • 0
  • 70
  • 346
  • 309,319

Copyright © 2021 · Lifestyle Pro On Genesis Framework · WordPress · Log in