Saya mula meminati Mizz Nina ketika beliau mula menyanyi lagu “What are you waiting for” feat bersama dengan Colby O’Donis. Lagu itu sungguh ‘catchy’ sehingga tidak puas mendengar hanya sekali. Jika lagu ini keluar di radio (dalam kereta), saya dengan pantas menyuruh suami kuatkan volume supaya saya boleh dengar dengan jelas sambil buat gaya ala-ala penyanyi asal 😛 . Amboi sangat kan.
Apabila mengetahui Mizz Nina mula berhijab saya agak terkejut dan sebak. Beliau mula berhijab selepas menunaikan haji pada tahun 2013.
Saya terkejut kerana menyaksikan sendiri bagaimana hidayah Alllah itu sungguh power.
Mizz Nina ketika itu berada di kemuncak populariti beliau. Ketika lagu dan muzik beliau sudah diterima ramai dan sudah tentu Mizz Nina adalah penyanyi wanita rap yang digemari ketika itu.
Bagaimana seorang yang tengah popular telah memilih jalan hidup yang baru? Subhanallah. Segala Puji Bagi Allah Tuhan Sekalian Alam.
Mizz Nina pernah ditanya adakah beliau merindui kehidupan yang lalu?
Beliau berkata ” Hijrah ini terlalu indah. Saya tidak rindukan kehidupan yang lalu”
Senyum.
Saya yakin penghijrahan beliau telah membuka banyak pintu-pintu kebaikan sehinggakan beliau sendiri memandang sepi kehidupan glamour yang pernah dinikmati.
Itulah hidayah Allah.
Mari kita buka mata hati, untuk kita sama-sama dalam pandangan Allah SWT.
Ps: Saya suka tau usha fashion kat butik Mizz Nina sambil pasang impian ingin menggayakan baju-baju cantik dari butik Madeena.