• Skip to content
  • Skip to primary sidebar
  • Produk Shaklee
  • Disclaimer
  • Tentang Saya
  • Hubungi Saya

Hidup Hebat

Blog Keluarga Anda

Archives for August 2019

Bepantang? Perlu Ke?

By hiduphebat Leave a Comment

Assalamualaikum WBT dan salam senatero dunia.

Saya macam pelik kenapa dalam minggu ni semua orang cakap pasal berpantang dekat Facebook

Kemudian baru saya tahu rupanya ada perbincangan di TV Al Hijrah dalam slot Analisis. Saya tak sempat tengok LIVE. Jadi saya tengok di FB, rakaman secara LIVE. Tapi tak habis tengok pun sebab bateri HP pulak kong. Adeh.

Ada yang pro berpantang dan ada yang kata berpantang tidak perlu.

Jadi apa pendapat saya pula?

Saya menyokong 100 % dengan setiap wanita bersalin perlu berpantang. Cara berpantang itu sendiri ada pelbagai cara dan pendapat. Saya memilih cara berpantang yang tidak menyusahkan diri dan yang memudahkan orang yang menjaga kita masa berpantang. Bagi saya 44 hari berpantang itu adalah masa kita pulihkan kembali dalaman kita. Kita dah mengandungkan anak selama 9 bulan 10 hari, terdapat banyak perubahan yang berlaku pada bahagian dalaman wanita. Jadi, waktu berpantang adalah masa yang terbaik untuk kita rejuvate badan supaya badan kita kembali sihat dan mampu berfungsi seperti sedia kala tanpa ada apa apa kompilasi yang berat.

Pengalaman saya yang sudah 5 kali bersalin (sekali gugur) membuatkan saya rasa bagusnya amalan berpantang yang diamalkan oleh orang zaman dahulu. Walaupun mereka terhad dari ilmu sains namun apa yang mereka amalkan tidaklah bertentangan dengan ilmu sains yang kita faham.

Contohnya, waktu berpantang tidak boleh minum ais. Memang dari segi sains, air sejuk atau air suam bila masuk dalam badan, suhunya akan diseimbangan untuk menyamai suhu badan. Namun, orang berpantang perlukan haba untuk pulihkan dalaman. Sebab tu digalakan untuk minum air suam bukan air berais. lagipun badan pun akan rasa lebih ‘sedap” bila badan kita rasa panas-panas. Tak terlaku panas dan tak terlalu sejuk.

Semasa berpantang pun tidak digalakkan duduk dalam keadaaan berhawa dingin sepanjang masa. Badan kena berpeluh jugak.

Saya bukanlah pakar bab bab kewanitaan, tapi as a woman saya rasa amalan berpantang yang mak mak kita amalkan perlu terus dipraktikkan demi kesihatan kita juga.

Ok. nanti saya kongsikan juga kenapa kita tidak boleh minum air ais semasa berpantang dari segi sains.

Bye,

Daya

Sharing is Loving

 

Filed Under: Kehamilan dan Penyusuan

Primary Sidebar

Kenali Saya, Perunding Takaful Insurans Anda

Recent Posts

  • Cara Hilangkan Bisul Bawah Ketiak / Kemaluan (Hidradenitis Suppurativa)
  • Cara Hilangkan Sakit Tekak Ulser Tonsil Dengan Cepat
  • Apa Penyakit Hidradenitis Suppurativa
  • Bepantang? Perlu Ke?
  • Kesan dan Risiko Kencing Manis Yang Tak Sanggup Nak Hadap

Recent Comments

  • Alvina on 10 Cara Hilangkan Kencing Manis Dengan Cepat
  • Nurul izzati Ramlee on Mizz Nina Idola Wanita Muslim
  • hiduphebat on Testimonial Set Detox Shaklee : Turun Berat Sampai 14 KG.
  • Mia Zain on Testimonial Set Detox Shaklee : Turun Berat Sampai 14 KG.
  • A WordPress Commenter on Hello world!

Archives

  • September 2020
  • September 2019
  • August 2019
  • April 2019
  • February 2019
  • October 2018
  • September 2018
  • July 2018
  • June 2018
  • April 2018

Categories

  • Bedah Buku
  • Detox Cara Sihat
  • Hidradenitis Suppurativa
  • Kecantikan dan Penjagaan Kulit
  • Kehamilan dan Penyusuan
  • Kencing Manis / Diabetes
  • Kesihatan
  • Kesihatan Kanak-Kanak
  • Kesihatan Lelaki
  • Kesihatan Wanita
  • Parenting
  • Product/Service Review
  • Set Produk Shaklee
  • Shine Power Biz Story
  • Takaful dan Kewangan
  • TanahAirku
  • Tip Kurus Tanpa Stress
  • Umum
  • Vivix

Terima Kasih , Sila Datang Lagi

  • 0
  • 366
  • 802
  • 281,771

Copyright © 2021 · Lifestyle Pro On Genesis Framework · WordPress · Log in