Kenapa Saya Akhirnya Memilih Untuk Amalkan Suplemen?
Mengandungkan Iman Najla adalah sangat mencabar. Nak tahu kenapa? Sebab saya belum habis Master lagi! ( 😆 ).
Saya lahirkan Iman Haikal pada tahun Oktober 2010 dan mengandungkan Najla pada tahun 2012 tapi masih belum habis lab work lagi (jangan gelakkan saya tau). Dan ketika ini saya masih berPJJ dengan suami.
Mengandungkan Najla, walaupun mencabar dari segi emosi dan fizikal namun saya sangat lega kerana bacaan Hb saya cantik. Masih berada pada paras yang normal. Gula ok. Tekanan darah ok. Alhamdulillah, semua okay. Walaupun terpaksa pergi ke Klinik Kesihatan Ibu dan Anak berseorangan. Sob sob.
Mungkin salah satu sebabnya adalah saya mengamalkan Set Vitamin Ibu Hamil Shaklee. Bagi saya vitamin yang saya makan ni bagai penyelamat untuk saya sebab saya masih gagah buat lab work hingga ke bulan yang ke 8 tanpa fail. Syukur Ya Allah.
Tidak seperti semasa mengandungkan Iman Haikal, saya banyak membuat penulisan journal untuk Part 1 tesis saya. Tak banyak buat kerja lab pun masa tu.
Waktu tahun 2012, kesedaran tentang penyusuan susu ibu sudah mula tersebar. Kumpulan sokongan untuk ibu-ibu menyusu sudah mula bercambah. Yang paling saya kagum, ramai ibu-ibu yang bekerja masih mengepam untuk beri bayi mereka susu ibu. Saya juga banyak pendedahan tentang susu ibu. Lebih pengalaman dan lebih pengetahuan berbanding ketika Iman Haikal dilahirkan.
Ketika dalam pantang selepas kelahiran Najla, saya tidak mengambil apa-apa jamu sebab takut kuning.
Namun saya terus mengamalkan vitamin Shaklee untuk berpantang sebab vitamin Shaklee untuk ibu hamil dan masa berpantang adalah sama cuma tambah Zinc Complex sahaja.
Ketika dalam pantang semasa kelahiran Najla, saya rasa lebih ceria, tidak penat dan lebih bersedia. Sampai nurse klinik desa terkejut tengok saya sebab nampak kuat dan bertenaga. Mungkin sudah berpantang kali ke 2, saya lebih tahu untuk kendalikan bayi dan diri sendiri. Apa yang paling mengembirakan saya, susu badan saya meriah. Dan paling memeranjatkan saya, Najla tidur nyenyak sejak malam pertama di rumah! Tidak seperti Haikal, hampir setiap malam berjaga dan menagis. Kesian mak saya ketika itu sebab mak pun terpaksa berjaga bergilir untuk jaga Haikal. Sangat meletihkan. Namun, masa berpantang Najla, saya boleh tidur nyenyak dan Najla tidak merengek waktu malam. Dari situ saya tahu, Najla cukup susu. Siapa tak seronok kan berpantang dalam keadaan ceria.
Susu badan melimpah rumah, luka cepat elok, kurang rasa sembelit, tidur nyenyak. What a wonderful confiment moment 🙂
Dari sini saya tahu jika badan saya cukup nutrisi, saya lebih sihat, bertenaga dan secara tidak langsung jadi ceria.
Dan perkara ini juga beri manfaat kepada anak. Jadi, akhirnya saya setia mengambil suplemen. Mereka ibarat kawan rapat saya ketika itu. Apa pun semua ini dengan izin Allah, kita sebagai manusia kena berusaha untuk mendapat sesuatu yang baik untuk diri kita juga. Saya happy dan syukur tiada unsur-unsur kepenatan melampau atau rasa nak meroyan.
Suplemen? Mengapa tidak? Jika ia beri manfaat kepada saya! 🙂