• Skip to content
  • Skip to primary sidebar
  • Produk Shaklee
  • Disclaimer
  • Tentang Saya
  • Hubungi Saya

Hidup Hebat

Blog Keluarga Anda

Kesihatan

Cara Hilangkan Bisul Bawah Ketiak / Kemaluan (Hidradenitis Suppurativa)

By hiduphebat Leave a Comment

Penyakit bisul bawah ketiak yang kronik atau hidradenitis suppurativa kurang mendapat perhatian orang ramai kerana penyakit ini kurang familiar.

Kira kira 300,000 rakyat Malaysia berkemungkinan menghidap penyakit Hidradenitis Suppurative (HS). Iaitu penyakit kulit kronik jangka panjang yang kebiasaannya menyerang pesakit lingkungan usia antara 20 hingga 40an.

Ciri ciri penyakit itu ialah seperti ketumbuhan kecil berwarna merah seperti bisul dan menyakitkan di bawah kulit yang boleh pecah dan mengeluarkan cecair berbau (nanah) atau menyebabkan pembentukan terowong atau berlubang di bawah kulit.

Bahagian mudah dijangkiti ialah ketiak, di bawah payu dara, celah kangkang dan kawasan kemaluan yang menyebabkan pesakit berada kesakitan teruk.

Cara Merawat Bisul Bawah Ketiak, Peha, Kemaluan

Tiada rawatan kursus untuk menghilangkan bisul atau penyakit hidradenitis supprativa, namun terdapat beberapa nutrient yang boleh mambantu mengurangkan simptom bisul bawah ketiak, peha dan kemaluan ini.

1. Resveratrol

Resveratrol adalah antioksidan yang membantu hidradenitis Suppurativa dengan mengurangkan enzim yang dipanggil matriks metallopeptidase 2 atau MMP2. Enzim ini bertanggungjawab untuk memecahkan tisu kulit dan ia benar-benar memainkan peranan penting dalam keadaan patologi hidradenitis. Jadi jika anda boleh mengambil sesuatu untuk membantu menghalang enzim yang merosakkan tisu kulit, ia boleh menjadi sangat membantu. Halia adalah botani atau suplemen lain yang boleh anda gunakan sebagai makanan. Itu menghalang enzim yang sama. Oleh itu, resveratrol dan halia adalah cadangan pertama.

2. Omega 3

Minyak ikan harus menjadi sebahagian dari sebarang program kesihatan keradangan asas. Oleh kerana lemak penting itu, lemak Omega 3 benar-benar membantu meningkatkan sistem imun daripada keadaan radang semula jadi ke dalam seimbang.

3. Vitamin A

Vitamin A memainkan peranan yang sangat penting dalam mengawal pengeluaran karoten dalam folikel rambut dan untuk hidradenitis Suppurativa. Salah satu masalah dalam keadaan HS adalah terdapat peningkatan terlalu banyak karotena. Oleh itu, karotena terbentuk di dalam folikel rambut dan mencipta reaksi awal pada kulit yang akhirnya membawa pembentukan bisul yang menyakitkan. Vitamin A adalah pilihan yang hebat. Walau bagaimanapun, tidak semua orang harus menjadi suplemen dengan vitamin A. Wanita hamil tidak digalakkan mengambil vitamin A.

4. Vitamin D3

Terdapat beberapa fungsi nutrient Vitamin D3 untuk penghidap hidradenitis Suppurativa. Tujuan pertama dalah untuk mengawal sistem imun.

Peranan penting lain yang untuk vitamin D ialah untuk memulihkan kepekaan insulin.

Cara Nak Hilangkan Bisul Bawah Ketiak, Peha dan Kemaluan

Nutrient seperti Resveratrol, Omega 3, Vitamin A dan Vitamin D3 boleh didapati dalam produk ini.

Produk ini bukan untuk merawat penyakit HS tetapi bahan active yang ada dalam Vivix iaitu resveratrol dalam menghalang enzim yang boleh merosakkan kulit. Vivix merupakan minuman botani yang mempunyia resveratrol dalam bentuk cecair. Manakala ResV adalah minuman botani yang mempunyai resveratrol dalam bentuk softgel.

Omega Guard merupakan minyak ikan paling tulen di dunia. Seperti mana yang kita tahu asid lemak omega 3 sangat bagus untuk kurangkan keradangan.

Carotomax pula hasil gabungan 6 jenis Karotena yang diambil dan diekstrak daripada buah-buahan dan sayur-sayuran yang tinggi sifat antioksidan . Apa yang ada dalam Carotomax?

Alpha Carotene – Menjaga kesihatan mata, menghalang degenerasi penglihatan dan membantu dalam penglihatan malam

Beta Carotene – Memperbaiki kulit, mempertingkatkan sistem imun badan serta mempercepatkan pemulihan luka

Astaxanthin – Pigment di dalam alga dan fitoplankton memberikan warna merah jambu kepada ikan salmon. Namun Shaklee telah menuai astaxanthin daripada mikro alga laut iaitu sumber yang tulen dan potent. Ia membantu dalam melindungi daripada kerosakan akibat oksidasi kolesterol LDL

Lycopene – Bersifat antioksidan dan menghalang penuaan organ. Ia juga membantu mengurangkan penyakit kelenjar prostat serta meningkatkan kesihatan jantung, serviks dan menguatkan sistem imun badan

Lutein – Membantu untuk menyekat katarak, glaukoma serta AMD iaitu Age Related Macular Disease atau Penyakit Makular Berkaitan Umur

Zeaxanthin – Melindungi mata dan menuras cahaya gelombang biru pendek berbahaya. Ia juga membantu mengurangkan risiko kanser payudara dan ovari termasuklah serviks

Banyaknya kebaikan Carotomax Shaklee ni kan. Berbaloi ambil.

Ostematrix- Ostematrix bukan hanya ada vitamin D, tapi yang paling utama adalah kalsium, magnesium, vitamin D, boron, zinc, mangan. Semua mineral ini diperlukan oleh setiap orang.

Saya simpati pada pesakit HS sebab apa yang saya faham penyakit ini sangat menyakitkan. Saya berdoa kepada sesiapa yang menghidap penyakit ini diberi kekuatan untuk menghadapinya. Jika anda tertekan dengan penyakit ini mohon berjumpa dengan pakar.

Saya kongsikan kebaikan resveratrol, omega 3, vitamin D3 dan vitamin A apabila saya membaca tentang laporan ini.

Jika anda ingin mencuba boleh call atau Whatsapp saya di 012-6891597

Filed Under: Detox Cara Sihat, Hidradenitis Suppurativa, Vivix

Cara Hilangkan Sakit Tekak Ulser Tonsil Dengan Cepat

By hiduphebat Leave a Comment

Assalamualaikum WBT, salam sejahtera dan salam seantero dunia.

Harini saya nak kongsi cerita tentang sakit tekak yang dialami oleh Najla, anak saya. Mana tahu ia boleh bantu orang lain juga yang mengalami masalah yang sama.

Pernah sekali Najla menangis sebab tak boleh makan. Saya pun suruh dia buka mulut. Ya Allah terkejut. Merah dan ada bengkak sikit dekat tekak. Patut dia tak boleh telan makanan. Saya pun sepantas kilat snap gambar tekak dia, terus hantar pada suami yang ketika itu tengah berada di luar.

Saya bagitahu suami mohon cepat-cepat ke farmasi untuk beli ubat untuk atasi sakit dan bengkak tekak ni. Apabila tahu hal ini, suami terus pergi farmasi dan tunjuk gambar anak tekak Najla yang bengkak dan merah tu pada ahli farmasi. Maaf saya tak simpan gambar anak tekak Najla.

Di farmasi mereka suggest Aloclair Plus Spray. Actually saya pun first time tengok benda ni. Bila suami balik, terus sembur 3x dalam mulut Najla.

Alhamdulillah. Dengan izin Allah, tak berapa lepas tu Najla dah boleh makan dan minum.Dia kata rasa sakit sikit jer. Dan itu kali pertama dan terakhir kami sembur sebab lepas tu terus dah okay.

Daya happy sangat. Aloclair Spray ni dapat selesaikan masalah mulut ada ulcer, tonsillitis, bengkak, anak tekak merah dan lain lain. Dan ia sesuai digunakan untuk semua peringkat umur. Nak info lebih lanjut, baca di bawah ni.Nasihat saya, simpan 1 kat rumah.Anytime anak kena ulcer korang boleh terus sembur.

  • Aloclair Plus Spray Yang Mudah Digunakan Dan Disimpan

Cara Hilangkan Sakit Tekak, Tonsil, Ulser dan Tonsilitis

Jika anak anda kerap sangat sakit tekak, kena ulser dalam mulut, kena tonsil, tonsilitis itu maknanya anak sistem imun anak anda adalah rendah kerana mudah dijangkiti.

Jadi, kuatkan imun badan anak anda dengan Nutriferon.

Apa Itu Nutrifeon?

Apakah nutriferon shaklee?

Nutriferon ni mengandungi interferon semulajadi yang bertindak untuk melawan infeksi atau jangkitan.

Fungsi Nutriferon Shaklee

Untuk melindungi sistem pertahanan badan secara semulajadi.

NutriFeron bertindak dengan pantas mengaktifkan perisai semulajadi tubuh, memberikan pertahanan yang lebih kuat dan kesihatan yang lebih baik.

🔥Bahan di Dalam Nutriferon Shaklee
NutriFeron Granules mengandungi campuran proprietari empat ekstrak tumbuhan yang diperoleh daripada biji labu, bunga safflower, biji plantago dan bunga japanese honeysuckle, yang secara tradisinya digunakan untuk mengekalkan kesihatan umum dan menguatkan badan.

Bahan & jumlah dalam 1 sachet Nutriferon Shaklee:

Semen Cucurbita moschata (Biji Labu) 60.48 mg
Semen Plantago asiatica (Biji Plantago) 40.32 mg
Flos Carthamus tinctorius (Bunga Safflower) 26.88 mg
Flos Lonicera japonica (Bunga Japanese Honeysuckle ) 6.72 mg

Nutriferon diformulasi oleh seorang pakar imun iaitu Dr Kojima. Dr Kojima mengambil masa 40 tahun untuk mengkaji tumbuhan terbaik yang boleh menajdi imunne booster pada manusia. Dan kajian ini telah dipatrenkan dan Shaklee adalah satu-satunya syarikat yang mengedar Nutriferon.

Jadi daya nasihatkan semua para ibu bapa untuk kuatkan imun badan dengan nutriferon ini.

  • Hubungi Daya 012 6891597

Testimoni Nutriferon Untuk Kuatkan Imun Badan Anak

Nutriferon ni dalam bentuk SERBUK. Jadi senang anak-anak nak telan.
Nak campur dalam makanan pun boleh, nak makan macam tu pu boleh sebab rasa dia sedap sangat.

Jika anda ingin mendapatkan Nutriferon Shaklee, boleh hubungi saya di sini 012 6891597

http://www.wasap.my/60126891597/nutriferon

Saya akan guide cara makan untuk anda 🙂

Filed Under: Kesihatan, Kesihatan Kanak-Kanak, Set Produk Shaklee

Apa Penyakit Hidradenitis Suppurativa

By hiduphebat Leave a Comment

  • Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pernah tak dengar penyakit kulit Hidradenitis Suppurative? Penyakit kulit yang kronik yang kurang mendapat perhatian orang ramai.

Hidradenitis Suppurative Di Malaysia

Kira kira 300,000 rakyat Malaysia berkemungkinan menghidap penyakit Hidradenitis Suppurative (HS). Iaitu penyakit kulit kronik jangka panjang yang kebiasaannya menyerang pesakit lingkungan usia antara 20 hingga 40an.

Ciri ciri penyakit itu ialah seperti ketumbuhan kecil berwarna merah seperti bisul dan menyakitkan di bawah kulit yang boleh pecah dan mengeluarkan cecair berbau (nanah) atau menyebabkan pembentukan terowong atau berlubang di bawah kulit.

Bahagian mudah dijangkiti ialah ketiak, di bawah payu dara, celah kangkang dan kawasan kemaluan yang menyebabkan pesakit berada kesakitan teruk.

Sumber gambar: www.cfa.ca

Penyakit ini mempunyai tiga tahap dan peluang pesakit untuk pulih sepenuhnya amat nipis kerana ia akan berulang.

Penyakit ini berkaitan dengan kecelaruan imunisasi setiap pesakit

Namun adakalanya penyakit tahap satu boleh dikawal secara semula jadi

Kaedah rawatan yang diberikan kepada pesakit ialah ubat ubatan dan pembedahan, namun pembedahan bukanlah penyelesaian terbaik.

Pembedahan plastik dilakukan sekiranya keadaan bisul terlalu teruk sehingga menimbulkan banyak parut pada tempat sakit selain bergantung dengan ubat ubatan khas berasaskan vitamin A Dan antibiotik yang perlu dimakan dalam tempoh panjang antara enam hingga 12 minggu.

Kesedaran orang ramai mengenai penyakit ini masih rendah kerana ia jarang berlaku dan faktor genetik berkemungkinan penyebabnya berdasarkan sejarah pesakit sedia ada.

Jika anda mempunyai simptom seperti bisul yang banyak di bawah ketiak, belakang leher dan celah punggung, cepat cepat berjumpa denga doktor pakar sakit kulit.

Peringatan awal Hidradenitis Suppurativa masih boleh diubati.

Filed Under: Hidradenitis Suppurativa

13 Punca Yang Menyebabkan Kencing Manis Boleh Terjadi

By hiduphebat Leave a Comment

Dalam buku “Say No To Diabetes” hasil tulisan Patrick Holford banyak membuka minda saya tentang kencing manis. Punca penyakit kencing manis bukan semata-mata makan makanan manis. Sebab itu, ada orang pelik bagaimana dia boleh kena kencing manis sedangkan dia tidak suka makan makanan manis. Malah mereka tidak sedar mereka sebenarnya mempunyai kadar gula yang sangat tinggi dalam darah.
Jom saya bongkarkan apa yang boleh “lead” kepada kencing manis. Ini dikongsi oleh Patrick Holdford.
  1. Pengambilan gula dan makanan/minuman bergula yang tinggi

Memang tidak dapat dinafi pengambilan gula boleh menyebabkan penyakit diabetes. Namun begitu, ia tidak semestinya gula semata-mata. Ia juga termasuk madu, raisin, gula-gula, pastri, pisang, kurma dan anggur merah iaitu makanan yang mempunyai glisemik indeks yang tinggi. Semua makanan ini mengandungi gula yang dibebaskan dengan cepat di dalam darah. Ia dipanggil “fast-releasing”. Kebanyakkan minuman di pasaraya telah dimaniskan dengan menggunakan glukosa atau sirap jagung yang mempunyai fruktosa yang tinggi. Bukan lansung tak boleh ambil semua makanan ini, cuma jumlahnya perlu dipantau.

  1. Pengambilan “refined carbs” yang banyak

Ini termasuk pengambilan roti, cereal, pastri, pasta dan beras putih yang banyak. Proses untuk mendapatkan “Refined carbs” telah mengurangkan mineral seperti kromium. Refine carb juga dibebaskan dengan cepat di dalam darah. Tidak dapat dinafi di Malaysia sendiri terdapat pelbagai jenis kuih muih yang enak. Kebanyakan kuih muih tradisi orang Melayu meggunakan tepung dan gula  yang banyak.

  1. Tidak beraktivivti

Individu yang tidak aktif, tidak buat senaman berisiko untuk dapat berat berlebihan dan kencing manis. Ini kerana tenaga tidak digunakan lalu tersimpan sebagai lemak.

  1. Tekanan yang kronik dan masa tidur yang tidak cukup

Apabila kita tertekan atau stress, ia akan meningkatkan hormon kortisol. Hal ini menyebabkan insulin tidak dapat digunakan di dalam badan.

  1. Peningkatan saiz di bahagian tengah tubuh (pinggan dan perut)

Gula yang berlebihan dalam darah “dibuang” oleh insulin ke dalam hati, yang kemudian bertukar menjadi lemak. Lemak-lemak ini mudah disimpan di sekitar pertengahan. Jika anda dapati lilitan saiz pinggan anda semakin bertambah, ia menunjukkan petanda yang buruk.

  1. Merokok

Orang yang merokok juga berisiko untuk mendapat diabetes

  1. Tidak mengambil sayur dan buah yang mencukupi

Individu yang kurang mengambil sayur dan buah berisiko untuk dapat kencing manis. Ini kerana tiada fibre yang boleh meyerap gula dalam darah.

  1. Tidak mengambil ikan dalam pemakanan

Pengambilan ikan yang kurang menyebabkan kurang Omega 3 dalam tubuh. Ini kerana minyak ikan boleh mebantu untuk melindungi kita dari kencing manis. Omega 3 boleh berfungsi untuk “membakar” gula dalam darah.

 

  1. Tidak mengambil supplemen

Ramai yang menyangka pengambilan supplemen adalah membazir. Namun dalam buku Say No To kencing manis, mengatakan mengambilan supplemen mampu mengurangkan risiko kencing manis. Punca utama orang makan berlebihan adalah disebabkan vitamin dan mineral yang tidak mencukupi dalam badan. Pihak Kementerian  Kesihatan Malaysia melaporkan 94 % rakyat Malaysia tidak mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran yang mencukupi.

 

  1. Pengambilan ubat-ubatan

Ramai yang tidak sedar, pengambilan ubatan-ubatan sebenarnya boleh meningkatkan risiko kencing manis. Ini termasuk “corticosteroid drugs”. Ubatan “Corticosteriod” biasanya untuk mengurangkan keradangan kerana ia berfungsi untuk mengurangkan bengkak pada laluan udara di paru-paru. Ubat ini selalunya diberi kepada pesakit asma dan arthritis. Pengambilan dalam tempoh yang panjang boleh menggangu keseimbangan hormon dan kortisol iaitu sejenis hormon adrenal yang mempunyai kaitan dengan kawalan gula dalam darah. Thiazide diuretic yang digunakan untuk tekanan darah tinggi juga meningkatkan risiko untuk dapat kencing manis.

 

  1. Sejarah keluarga 

Jika ahli keluarga anda mempunyai sejarah kencing manis, risiko anda untuk mempunyai kencing manis adalah tinggi. Jika ibu anda mempunyai diabetes type 2, anda mempunyai 40 % peluang untuk mempunyai kencing manis dan jika kedua-dua orang tua anda mempunyai diabetes, risiko anda adalah 80 %. Namun begitu penyakit kencing manis ini boleh berbalik, Maksudnya, boleh kembali normal semula

 

  1. Umur

Tidak dapat dinafi, semakin usia meningkat, semakin tinggi risiko untuk mendapat kencing manis. Namun, bukanlah kerana usia, anda mendapat kencing manis. Ini kerana orang muda pun ada yang dapat kencing manis.

 

  1. Kerintangan insulin

Rintangan Insulin terjadi apabila struktur membran sel yang telah dirosakkan dan ini menyebabkan resepto insulin menjadi kurang sensitif terhadap insulin. Insulin tidak boleh merangsangkan pembukaan laluan glukosa lagi. Glukosa yang tidak dapat masuk ke dalam sel untuk digunakan akan dilantun balik ke dalam saluran darah dan menyebabkan kepekatan gula dalam darah meningkat dan akhirnya menyebabkan kencing Manis. Kesan dari rintangan insulin boleh menyumbang kepada “sindrom metabolik”. Sindrom metabolik ini adalah satu kluster yang hadir bersama dan meningkatkan risiko kencing manis juga masalah jantung dan strok.

 

Filed Under: Bedah Buku, Kencing Manis / Diabetes, Kesihatan, Vivix

Bagaimana Kencing Manis Boleh Terjadi?

By hiduphebat Leave a Comment

Malaysia mempunyai jumlah penghidap penyakit kencing manis atau diabetes yang tertinggi di Asia dan antara yang tertinggi di dunia selepas Arab Saudi.

Kira-kira 2.5 juta orang dewasa di Malaysia berusia 18 ke atas menghidapi penyakit diabetes dan statistik dalam rekod NADI menunjukkan hampir separuh daripada rakyat Malaysia tidak sedar mereka menghidap diabetes. Ini fakta bukan auta.

Ini bukanlah satu statistik yang mengagumkan. Tapi amat menyedihkan.

Ini menunjukan sudah tiba masanya rakyat Malaysia betul-betul beri perhatian kepada kesihatan. Ini kerana penyakit kencing manis boleh bawa kepada penyakit-penyakit kronik yang lain juga seperti darah tinggi, kerosakan buah pinggang, kerosakan mata dan banyak lagi.

Memang tak dapat dinafikan, pelbagai aneka jenis minuman makanan yang manis yang  disukai rakyat malaysia mudah didapati. Teh tarik, nescafe tarik, kuih muih pelbagai jenis, kek pelbagai rasa, donut pelbagai perisa, ais milo kepa, air tin, air tenaga sentiasa ada di mana-mana. Namun, adakah kencing manis disebabkan makan manis sahaja?

Jawapannya TIDAK.

Kencing manis adalah hasil akhir kesan daripada tabiat pemakanan dan gaya hidup yang  sering mengekalkan gula dalam darah pada paras yang terlalu tinggi.

Bagaimana Kencing Manis Boleh Terjadi?

Saya akan berkongsi secara mudah dan ringkas bagaimana kencing manis boleh terjadi.

Kencing manis berlaku apabila badan kita tidak dapat mengawal kandungan gula dalam darah.
Terdapat 3 jenis kencing manis.
1. Type I
2. Type II
3. Gestational

1. Type I- Badan tidak boleh menghasilkan insulin secara semulajadi.
2. Type II- Badan boleh hasilkan insulin tetapi tidak dapat berfungsi dengan baik
3. Gestational- Mendapat kencing manis ketika hamil
90% orang yang ada kencing manis biasanya Type II (diabetes mellitus)
Asalnya normal tetapi disebabkan diet yang tidak seimbang, gaya hidup yang tidak sihat, mengambil makanan tinggi gula yang berlebihan dan akhirnya menyebabkan insulin tidak dapat berfungsi dengan baik

 

Apabila kita makan, karbohidrat akan dicernakan menjadi glukosa. Glukosa seterusnya akan masuk ke salur darah untuk diagihkan kepada sel  yang memerlukan dan menjadi sumber tenaga kita.

 

Hormon Insulin secara automatik akan dihasilkan oleh pankreas untuk membenarkan glukosa masuk ke dlm sel. Insulin berperanan seperti gatekeeper atau kunci antara salur darah dan sel.

Apabila hormon insulin ”buka pintu”, glukosa akan masuk ke dalam sel dan bekalkan tenaga untuk jalankan fungsi sel.

Apa akan jadi terlalu banyak karbohidrat masuk ke dalam badan?

Apa yang berlaku di pankrease?

Apa Kaitan Kencing Manis Dan Hormon Insulin?

Untuk memahami apa itu hormon insulin, kita perlu tahu tentang di mananya lokasi pankreas dalam badan kita. Pankreas terletak di belakang perut dan di bawah hati anda.

Pankreas biasanya menjalankan tugasan yang berbagai-bagai. Salah satunya adalah menghasilkan hormon Insulin. Insulin ini, apabila dilepaskan ke dalam darah, akan mengalir ke seluruh bahagian tubuh kita melalui saluran darah.

Insulin tersebut akan memberitahu sel-sel kita, “Buka pintu sel anda dan pindah masuk gula yang berada dalam darah ini! ” .

Sel-sel akan menuruti pesanan insulin. Gula dari darah akan dipindah masuk ke dalam sel-sel dan seterusnya digunakan untuk menghasilkan tenaga. Namun begitu, jika seseorang mengambil makanan yang tinggi karbohidrat dan gula secara kerap kadar gula dalam darah akan menjadi tinggi. Ini kerana KARBOHIDRAT akan berubah menjadi gula dalam usus, dan SEMUA gula ini akan diserap ke dalam aliran darah!

Jadi, pankreas perlu bekerja lebih keras untuk menghasilkan lebih banyak insulin supaya sel-sel badan boleh mengangkut masuk gula tambahan dari darahnya. Situasi inilah sering berlaku di dalam badan kita, pankreas kita menjerit sekuat-kuat kepada sel-sel kita:

“BUKA PINTU ANDA! Bekerja dengan lebih cepat! Terlalu banyak gula dalam darah kita!”

Apa akan terjadi sekiranya anda sering melaung-laung terhadap seseorang setiap hari?
Orang itu mungkin akan menjadi semakin lali terhadap jeritan anda. Begitu juga dengan sel-sel kita. Sel-sel akan bertindak balas dengan semakin perlahan walaupun lebih banyak insulin yang dihasilkan oleh pankreas.
Apa yang terjadi seterusnya? Perlulah kita menjerit dengan lebih kuat lagi. Pankreas kita akan dipaksa untuk menghasilkan lebih banyak insulin setiap hari kerana sel-sel kita semakin lali dengan jeritan pankreas. Keadaan ini dikenali sebagai Rintangan Insulin, dan ia adalah salah satu punca utama pesakit kencing manis mempunyai tahap gula dalam darah yang tinggi.
Sel-sel lemak di dalam perut merembeskan sejenis bahan kimia yang dipanggil adipokines, yang akan memudaratkan lagi pankreas yang bekerja keras itu. Jadi, pankreas kini telahpun menjerit sekuat mungkin, di samping diserang oleh adipokines.
Jika dibiarkan paras gula  berada pada tahap tinggi, pankreas menjadi rosak.  Pankreas bekerja terlalu kuat dan terlalu keras, untuk terlalu lama. Pankreas tidak lagi terlarat untuk menjerit lagi. Ia hanya dapat berbisik kepada sel-sel untuk membuka pintu sel. Tetapi sel-sel tidak dapat bertindak balas dengan hasilan insulin yang terlalu sedikit. Akibatnya, kandungan gula dalam darah meningkat secara mendadak, dan air kencing bertukar menjadi manis. Inilah hari di mana seseorang telah menjadi pesakit kencing manis, yang sebenar.

Komplikasi Kencing Manis

Masalah apakah yang timbul akibat kencing manis? Apabila sudah disahkan mempunyai kencing manis, pesakit kencing manis berisiko untuk mengalamai beberapa komplikasi seperti:

  • Ginjal: kegagalan ginjal.
  • Mata: kebutaan.
  • Jantung: serangan sakit jantung, serangan angin ahmar.
  • Salur darah: tekanan darah tinggi, peningkatan taraf lipid (lemak).
  • Sistem saraf: masalah deria.
  • Organ reproduktif: mati pucuk (impotent).
  • Kaki: masalah kaki (diabetic foot)
  • Kulit: jangkitan kulit berulang seperti bisul.

 

Jangan pandang enteng pada penyakit ini dan jangan putus ada jika anda terkena penyakit ini.

Penyakit kencing manis boleh di “reverse” dengan menjaga pemakanan, melakukan senaman dan mengambil makanan tambahan seperti suplemen. Dalam buku Patrick Holford, beliau telah membuktikan penyakit ini boleh “direverse”. Ini bermakna masih ada harapan untuk pesakit kencing manis bebas dengan penyakit ini.

Saya akan kupaskan lebih lagi tentang 10 Cara Sihat Untuk Halang atau Reverse Kencing Manis /Diabetes.

 

 

Filed Under: Kencing Manis / Diabetes, Kesihatan

  • Page 1
  • Page 2
  • Next Page »

Primary Sidebar

Kenali Saya, Perunding Takaful Insurans Anda

Recent Posts

  • Cara Hilangkan Bisul Bawah Ketiak / Kemaluan (Hidradenitis Suppurativa)
  • Cara Hilangkan Sakit Tekak Ulser Tonsil Dengan Cepat
  • Apa Penyakit Hidradenitis Suppurativa
  • Bepantang? Perlu Ke?
  • Kesan dan Risiko Kencing Manis Yang Tak Sanggup Nak Hadap

Recent Comments

  • Alvina on 10 Cara Hilangkan Kencing Manis Dengan Cepat
  • Nurul izzati Ramlee on Mizz Nina Idola Wanita Muslim
  • hiduphebat on Testimonial Set Detox Shaklee : Turun Berat Sampai 14 KG.
  • Mia Zain on Testimonial Set Detox Shaklee : Turun Berat Sampai 14 KG.
  • A WordPress Commenter on Hello world!

Archives

  • September 2020
  • September 2019
  • August 2019
  • April 2019
  • February 2019
  • October 2018
  • September 2018
  • July 2018
  • June 2018
  • April 2018

Categories

  • Bedah Buku
  • Detox Cara Sihat
  • Hidradenitis Suppurativa
  • Kecantikan dan Penjagaan Kulit
  • Kehamilan dan Penyusuan
  • Kencing Manis / Diabetes
  • Kesihatan
  • Kesihatan Kanak-Kanak
  • Kesihatan Lelaki
  • Kesihatan Wanita
  • Parenting
  • Product/Service Review
  • Set Produk Shaklee
  • Shine Power Biz Story
  • Takaful dan Kewangan
  • TanahAirku
  • Tip Kurus Tanpa Stress
  • Umum
  • Vivix

Terima Kasih , Sila Datang Lagi

  • 0
  • 70
  • 346
  • 309,319

Copyright © 2021 · Lifestyle Pro On Genesis Framework · WordPress · Log in