• Skip to content
  • Skip to primary sidebar
  • Produk Shaklee
  • Disclaimer
  • Tentang Saya
  • Hubungi Saya

Hidup Hebat

Blog Keluarga Anda

Tip Kurus Tanpa Stress

Cara Hilangkan Bisul Bawah Ketiak / Kemaluan (Hidradenitis Suppurativa)

By hiduphebat Leave a Comment

Penyakit bisul bawah ketiak yang kronik atau hidradenitis suppurativa kurang mendapat perhatian orang ramai kerana penyakit ini kurang familiar.

Kira kira 300,000 rakyat Malaysia berkemungkinan menghidap penyakit Hidradenitis Suppurative (HS). Iaitu penyakit kulit kronik jangka panjang yang kebiasaannya menyerang pesakit lingkungan usia antara 20 hingga 40an.

Ciri ciri penyakit itu ialah seperti ketumbuhan kecil berwarna merah seperti bisul dan menyakitkan di bawah kulit yang boleh pecah dan mengeluarkan cecair berbau (nanah) atau menyebabkan pembentukan terowong atau berlubang di bawah kulit.

Bahagian mudah dijangkiti ialah ketiak, di bawah payu dara, celah kangkang dan kawasan kemaluan yang menyebabkan pesakit berada kesakitan teruk.

Cara Merawat Bisul Bawah Ketiak, Peha, Kemaluan

Tiada rawatan kursus untuk menghilangkan bisul atau penyakit hidradenitis supprativa, namun terdapat beberapa nutrient yang boleh mambantu mengurangkan simptom bisul bawah ketiak, peha dan kemaluan ini.

1. Resveratrol

Resveratrol adalah antioksidan yang membantu hidradenitis Suppurativa dengan mengurangkan enzim yang dipanggil matriks metallopeptidase 2 atau MMP2. Enzim ini bertanggungjawab untuk memecahkan tisu kulit dan ia benar-benar memainkan peranan penting dalam keadaan patologi hidradenitis. Jadi jika anda boleh mengambil sesuatu untuk membantu menghalang enzim yang merosakkan tisu kulit, ia boleh menjadi sangat membantu. Halia adalah botani atau suplemen lain yang boleh anda gunakan sebagai makanan. Itu menghalang enzim yang sama. Oleh itu, resveratrol dan halia adalah cadangan pertama.

2. Omega 3

Minyak ikan harus menjadi sebahagian dari sebarang program kesihatan keradangan asas. Oleh kerana lemak penting itu, lemak Omega 3 benar-benar membantu meningkatkan sistem imun daripada keadaan radang semula jadi ke dalam seimbang.

3. Vitamin A

Vitamin A memainkan peranan yang sangat penting dalam mengawal pengeluaran karoten dalam folikel rambut dan untuk hidradenitis Suppurativa. Salah satu masalah dalam keadaan HS adalah terdapat peningkatan terlalu banyak karotena. Oleh itu, karotena terbentuk di dalam folikel rambut dan mencipta reaksi awal pada kulit yang akhirnya membawa pembentukan bisul yang menyakitkan. Vitamin A adalah pilihan yang hebat. Walau bagaimanapun, tidak semua orang harus menjadi suplemen dengan vitamin A. Wanita hamil tidak digalakkan mengambil vitamin A.

4. Vitamin D3

Terdapat beberapa fungsi nutrient Vitamin D3 untuk penghidap hidradenitis Suppurativa. Tujuan pertama dalah untuk mengawal sistem imun.

Peranan penting lain yang untuk vitamin D ialah untuk memulihkan kepekaan insulin.

Cara Nak Hilangkan Bisul Bawah Ketiak, Peha dan Kemaluan

Nutrient seperti Resveratrol, Omega 3, Vitamin A dan Vitamin D3 boleh didapati dalam produk ini.

Produk ini bukan untuk merawat penyakit HS tetapi bahan active yang ada dalam Vivix iaitu resveratrol dalam menghalang enzim yang boleh merosakkan kulit. Vivix merupakan minuman botani yang mempunyia resveratrol dalam bentuk cecair. Manakala ResV adalah minuman botani yang mempunyai resveratrol dalam bentuk softgel.

Omega Guard merupakan minyak ikan paling tulen di dunia. Seperti mana yang kita tahu asid lemak omega 3 sangat bagus untuk kurangkan keradangan.

Carotomax pula hasil gabungan 6 jenis Karotena yang diambil dan diekstrak daripada buah-buahan dan sayur-sayuran yang tinggi sifat antioksidan . Apa yang ada dalam Carotomax?

Alpha Carotene – Menjaga kesihatan mata, menghalang degenerasi penglihatan dan membantu dalam penglihatan malam

Beta Carotene – Memperbaiki kulit, mempertingkatkan sistem imun badan serta mempercepatkan pemulihan luka

Astaxanthin – Pigment di dalam alga dan fitoplankton memberikan warna merah jambu kepada ikan salmon. Namun Shaklee telah menuai astaxanthin daripada mikro alga laut iaitu sumber yang tulen dan potent. Ia membantu dalam melindungi daripada kerosakan akibat oksidasi kolesterol LDL

Lycopene – Bersifat antioksidan dan menghalang penuaan organ. Ia juga membantu mengurangkan penyakit kelenjar prostat serta meningkatkan kesihatan jantung, serviks dan menguatkan sistem imun badan

Lutein – Membantu untuk menyekat katarak, glaukoma serta AMD iaitu Age Related Macular Disease atau Penyakit Makular Berkaitan Umur

Zeaxanthin – Melindungi mata dan menuras cahaya gelombang biru pendek berbahaya. Ia juga membantu mengurangkan risiko kanser payudara dan ovari termasuklah serviks

Banyaknya kebaikan Carotomax Shaklee ni kan. Berbaloi ambil.

Ostematrix- Ostematrix bukan hanya ada vitamin D, tapi yang paling utama adalah kalsium, magnesium, vitamin D, boron, zinc, mangan. Semua mineral ini diperlukan oleh setiap orang.

Saya simpati pada pesakit HS sebab apa yang saya faham penyakit ini sangat menyakitkan. Saya berdoa kepada sesiapa yang menghidap penyakit ini diberi kekuatan untuk menghadapinya. Jika anda tertekan dengan penyakit ini mohon berjumpa dengan pakar.

Saya kongsikan kebaikan resveratrol, omega 3, vitamin D3 dan vitamin A apabila saya membaca tentang laporan ini.

Jika anda ingin mencuba boleh call atau Whatsapp saya di 012-6891597

Filed Under: Detox Cara Sihat, Hidradenitis Suppurativa, Vivix

Kesan dan Risiko Kencing Manis Yang Tak Sanggup Nak Hadap

By hiduphebat Leave a Comment

Kesan dan Risiko Kencing Manis Yang Kita Tak Sanggup Nak Hadap.

Kencing manis adalah penyakit yang menakutkan. Ini kerana apabila sudah menjadi pesakit kencing manis, terdapat banyak kesan negatif dan risiko-risiko penyakit lain.Penyakit kencing manis bukan sekadar gula tinggi dalam darah tapi ia adalah kesan negatif akibat gula tinggi dalam darah yang akhirnya merosakkan sistem dalam badan.

Kesan Kencing Manis Pada Salur Darah

Paras gula dalam darah yang tidak terkawal untuk jangka masa yang panjang, boleh mengakibatkan kesan-kesan (komplikasi) akibat kencing manis (diabetes). Komplikasi ini terbahagi kepada dua iaitu kesan kepada salur darah yang besar (macrovascular) dan kesan kepada salur darah yang kecil (microvascular).

Kesan kepada salur darah yang besar (macrovascular complication) :

  • Serangan jantung
  • Halangan kepada laluan pembuluh salur darah (arteri) di kaki
  • Lumpuh (stroke) – samada sepenuhnya (tidak boleh berjalan, bercakap atau makan) atau lumpuh separuh badan

Kesan kepada salur darah yang kecil (microvascular complication):

  • Kegagalan fungsi buah pinggang. Jika kegagalan kedua-dua fungsi buah pinggang adalah sepenuhnya, pesakit tersebut memerlukan dialysis.
  • Mata yang kabur dan buta. Tiada jalan untuk sembuh daripada buta disebabkan oleh kencing manis (diabetes).
  • Saraf yang kurang rangsangan (terutamanya di bahagian hujung tangan dan kaki). Pesakit biasa akan merasa kebas pada hujung kaki dan tangan. Dia juga mungkin kurang deria rasa (sakit/ panas) pada kaki dan tangan. Oleh itu, mereka kadangkala tidak perasan dan tidak sedar jika terpijak benda tajam atau berdiri di atas permukaan yang terlalu panas. Ini akan menyebabkan mereka mendapat luka yang tidak disedari di tapak kaki.
  • Boleh juga mengakibatkan mati pucuk.

Kesan-kesan lain:

  • Jangkitan kulat pada kulit. Biasanya terjadi kepada mereka yang mempunyai resistant terhadap insulin dan orang yang obese.
  • Mudah mendapatkan apa jua jenis jangkitan termasuk jangkitan paru-paru.
  • Jangkitan dan ulcer pada kaki. Disebabkan saraf yang kurang rangsangan, mereka mudah mendapat luka di kaki. Jika paras gula sentiasa tinggi di dalam darah, luka sudah pasti sukar untuk sembuh. Luka yang tidak sembuh disertai dengan jangkitan dan paras gula yang tinggi, menyebabkan jangkitan mudah untuk merebak. Apabila jangkitan merebak ke tulang di bahagian kaki, ini akan menyebabkan kaki dipotong untuk mengelakkan jangkitan daripada merebak ke bahagian lain dalam badan.

 

Jika kita lihat kesan-kesan ini semua adalah sangat teruk. Mata buta, lumpuh, kaki dipotong dan buah pinggang gagal berfungsi sehingga menyebabkan dialysis adalah perkara yang kita sama sekali tidak mahu terjadi kepada diri sendiri mahupun ahli keluarga yang lain.

Oleh itu, bermula daripada sekarang, pilihlah untuk mencegah diabetes. Jika anda sudah pun mempunyai diabetes, pilihlah untuk mengawalnya dengan bijak. Buat pilihan yang bijak, pilih untuk sihat tanpa perlu ada komplikasi diabetes.

 

Cegah sebelum parah!

 

 

 

Filed Under: Detox Cara Sihat

10 Cara Hilangkan Kencing Manis Dengan Cepat

By hiduphebat 1 Comment

Assaalamualaikum WBT dan salam seantero dunia!

Mempunyai penyakit kencing manis adalah mimpi ngeri untuk semua orang. Ini kerana ia boleh mengundang penyakit lain juga seperti darah tinggi, mata yang rosak dan sakit buah pinggang. Kerosakan buah pinggang pula bila dah berlaku tak boleh untuk “turning back”.

Perlu cuci darah seumur hidup. Anda sanggup nak hadapi semua itu? Kalau tak sanggup bertindak sekarang. Masih ada harapan untuk yang berusaha.

Saya ingin berkongsi cara turunkan kadar gula dalam darah dengan cepat.

  1. Jenis antioksidan yang boleh turunkan gula dalam darah dengan cepat.
  2. 10 tabiat yang anda perlu lakukan dan ubah rutin hidup anda. Memang bukan mudah. Tapi anda perlu lakukan.

Polifenol Yang Boleh Bantu Kurangkan Gula Dalam Darah

POLIFENOL adalah sekumpulan bahan semulajadi yang terdapat di dalam tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan yang berperanan memberi warna kepada buah dan tumbuhan sambil melindunginya dari penyakit.

Terdapat lebih daripada 8000 POLIFENOL yang dikenalpasti dalam makanan seperti teh, anggur, coklat, buah-buahan, sayur-sayuran, minyak zaitun dan lain-lain.

POLIFENOL paling banyak dijumpai dalam tumbuhan berwarna gelap seperti anggur dan elderberry. Jumlahnya tinggi di dalam biji dan kulit buah.

RESVERATEROL dan Acid Ellagic adalah salah satu daripada jenis POLIFENOL.

POLIFENOL memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesihatan, melindungi sel-sel dalam tubuh dari kerosakan oleh radikal bebas termasuk meningkatkan kesihatan dan seri kulit.  Mengikut kajian, resveratrol dan Ellagic Acid dapat membantu menurunkan kadar gula dalam darah.

Bagaimana Resveratrol dan Asid Elalgic Boleh Bantu Turunkan Gula Dalam Darah?

1. Kehadiran polifenol di dalam darah  akan memperbaiki keseimbangan glukosa yang ada dalam dalam darah. Jadi, jika glukosa tinggi, polifenol ini akan bertindak untuk menurunkan tahap glukosa.

2. Polifenol ini akan bantu kurangkan rintangan insulin-vivix tolong betulkan fungsi kunci dan mangga tadi supaya glukosa boleh masuk dalam sel dan tak terkumpul di salur darah sahaja

3. Melindungi pankreas- kita nak nourish balik pankreas yang dah rosak dan terbeban tadi, supaya boleh berfungsi semula dengan baik. Kita tak nak cucuk insulin tiruan. Kita nak hasilkan sendiri insulin oleh pankreas kita. Vivix akan reduce radang di pankreas–>protect sel di pankreas–> supaya insulin akan increase ke normal semula

4. Membaiki rembesan insulin–>bila sel pankreas dah normal, insulin akan dihasilkan secara normal oleh badan kita

5. Membaguskan keseimbangan metabolisme- fungsi tubuh

10 Cara Hilangkan Kencing Manis Dengan Cepat

Mengikut Patrick Holford, founder kepada Institute for Optimum Nutrition, kencing manis boleh di “reverse”. Saya sangat teruja dengan isi kandungan buku Say No To Diabetes hasil tulisan Patrick Holford tentang 10 cara untuk “reverse” kencing manis sepenuhnya!

Saya teruja kerana saya pernah berfikiran penyakit kencing manis tidak akan boleh sembuh. Sebenarnya fikiran begitu adalah tidak benar.

Saya ada terbaca banyak kisah yang menyayat hati tentang penderitaan pesakit kencing manis sebelum ini. Ada yang kena potong kaki, ada yang dapat penyakit berangkai, ada yang mengalami sakit buah pinggang akibat terlalu bergantung pada ubat dan lain-lain. Amat menyedihkan.

Saya tahu ramai orang di luar sana terseksa dengan penyakit ini.
Namun, tahukah anda penyakit kencing manis boleh sembuh sepenuhnya jika anda betul-betul tahu “resepi”nya?

Mengikut satu kajian (case study) yang diterbitkan di Norwegian Journal of Medicine, seorang jururawat bernama Hannemor telah berjaya mencapai kawalan gula dalam darah yang normal tanpa memerlukan ubatan-ubatan setelah diberi rawatan alternatif oleh Dr Fedon Lindberg. Dr Fedon meletakkan beliau pada diet rendah glisemik yang ketat, senaman dan pemakanan supplemen.
Akhirnya beliau, tidak lagi bergantung pada insulin dan mempunyai gula dalam darah yang normal.

Ini membuktikan dengan mengubah gaya hidup, penyakit kencing manis boleh sembuh.

Namun, apa yang penting, anda perlu mengikuti langkah-langkah penting. Bukan semberono kerana kesannya berbeza!

Saya ingin kongsikan 10 langkah yang sangat penting untuk sembuh dari penyakit kencing manis yang dicadangkan oleh pakar nutrisi yang telah berjaya membantu ribuan pesakit ke arah bebas kencing manis.

Teruskan membaca jika anda mahu BEBAS dari penyakit kencing manis.

Cara Hilangkan Kencing Manis Dengan Pantas Dan Cepat

1. Mengambil Makanan Yang Rendah Glisemik (RG)

Pengambilan “refined carbohydrates” (RC) yang tinggi antara penyebab terjadinya peningkatan berat badan dan kenaikan paras gula dalam darah. Pengambilan RC yang banyak dinamakan diet glisemik tinggi (TG).

“Refined carbohydrate” adalah sumber makanan yang karbohidratnya telah diproses atau bertapis. Kandungan akhir dari karbohidrat bertapis ini hanyalah kanji. Jika pemakanan kita dipenuhi dengan RC, ini bermaksud kita menjalankan diet glisemik tinggi kerana kebanyak makanan yang mempunyai karbohidrat bertapis mempunyai glisemik indeks yang tinggi.

Sebaliknya, diet rendah glisemik tidak menyebabkan gula dalam darah naik mendadak tetapi ia mampu mengekalkan kadar gula menjadi kekal. Terdapat 2 cara untuk mengamalkan diet rendah glisemik.

1. Mengambil sedikit karbohidrat + protien
2. Mengambil karbohidrat yang mempunyai glisemik rendah sahaja. Selalunya karbohidrat yang mempunyai glisemik rendah akan melepaskan gula secara perlahan-lahan ke dalam badan. Saya akan terangkan dengan lebih jelas diet rendah glisemik pada entry akan datang.

2. Makan Makanan Yang Mempunyai Kadar Serat Larut (Soluble Fibre) Yang Tinggi

Antara kebaikan mengambil makanan yang mempunyai karbohidrat berglisemik rendah seperti oat, kekacang seperti kacang kuda adalah kerana ia mempunyai serat larut yang semulajadi tinggi.

Mengambil makanan yang mempunyai kadar serat larut yang tinggi bukan sahaja memberi kesan yang luar biasa dalam menstabilkan tahap gula dalam darah, tetapi ia juga membantu untuk menghapuskan kolesterol yang berlebihan dan lemak serta dapat menurunkan tahap trigliserida dalam darah.

3. Amalkan pemakanan yang boleh membantu insulin untuk lebih berfungsi

Langkah 1 dan 2 akan menyebabkan penghasilan insulin yang kurang, namun perkara yang penting juga adalah bagaimana untuk meningkatkan sensitiviti terhadap insulin, jadi insulin dapat bekerja dengan lebih baik. Antara pembantu insulin adalah mineral yang dipanggil kromium dan juga serbuk kayu manis. Kedua-dua bahan ini amat membantu untuk menjadikan insulin bekerja dengan lebih baik.

4. Meningkatkan pengambilan minyak Omega 3 serta lemak monotaktepu dan mengurangkan omega-6 serta lemak tepu dan elak terus lemak trans.

Salah satu sebab utama mengapa sindrom metabolik (kesan buruk diabetes), rintangan insulin (kesan buruk diabetes) dan diabetes menyebabkan gejala yang tidak baik pada penyakit adalah kerana ia boleh “switch” atau tukar seluruh sistem kita terhadap keradangan. Simptom keradangan yang sering dialami oleh pesakit kencing manis ialah anggota badan mudah menjadi kemerahan atau bengkak.

Apa yang membimbangkan kesan keradangan ini boleh menyebabkan masalah kesihatan yang lain dan lagi teruk ia adalah tersembunyi, seperti “arteri inflammed”, yang akhirnya membawa kepada serangan jantung.

Mengurangkan keradangan adalah amat penting, kerana ia membantu kita keluar dari kitaran ganas sindrom metablic.

Daging dan produk tenusu seperti keju mempunyai lemak tepu yang tinggi dan pengambilan makanan jenis ini cenderung untuk meningkatkan keradangan dan memburukkan lagi keadaan.

Antara makanan yang bersifat anti radang semulajadi adalah kunyit dan buah zaitun. Kekacang mempunyai sterol yang tinggi yang membantu untuk mengurangkan keradangan dan membantu paras kolestrol menjadi normal.

Salah satu langkah untuk mengukur tahap keradangan adalah dengan melakukankan ujian C-reactive protien (CRP) yang boleh diukur dari darah. Ideal skor untuk CRP adalah bawah 1.69mg/l. CRP yang tinggi menunjukkan ciri diabetes dan boleh dikaitkan dengan tahap insulin yang lebih tinggi dan hemoglobin terglikosilat.

5. Tingkatkan pengambilan antioksidan

Antioksidan membantu mengurangkan keradangan. Sayuran dan buah-buahan yang mempunyai warna yang intense mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi seperti blueberries dan brokoli.

Pengambilan makanan yang tinggi antioksidan perlu ditingkatkan. Banyak kajian menunjukkan bahan antioksidan boleh membantu untuk mengurangkan paras gula dalam darah.


6. Mengambil makanan yang “mesra” hati (liver)

Makanan yang mempunyai antioksidan yang tinggi seperti brokoli dan bawang merah adalah sangat penting kerana ia juga membantu untuk menyokong keupayaan hati untuk bekerja secara optimum. Hati perlu bekerja keras menukarkan glukosa yang berlebihan kepada lemak. Hati yang tidak “aktif” dipanggil penyakit hati berlemak sering terjadi akibat komplikasi dari kencing manis.

Benar, hatilah paling terseksa sebenarnya, bukan pankreas. Kita perlu bantu hati kita untuk membalikkan proses-iaitu, membakar lemak dan BUKAN bina lemak atau kumpul lemak. Antara Makanan Yang sokongan hati ialah sayuran seperti brokoli, kubis, kale, selada air dan sawi.

Sebenarnya kita boleh mengukur keupayaan hati anda untuk memproses glukosa dengan mengambil ujian darah yang mudah dengan mengukur dua enzim dipanggil AST dan ALT.

Apabila hati kita mempunyai terlalu banyak lemak, enzim ini melimpah keluar ke dalam darah, jadi tahap enzim ini akan naik.

Kita juga boleh melakukannya untuk diri sendiri menggunakan kit ujian di rumah yang dipanggil LiverCheck. Jika skor anda adalah tinggi anda perlu mengikuti diet yang “mesra hati”. Dan mengambil supplemen tertentu yang menyokong proses detoksifikasi hati ini. Ini kerana hati bukan sahaja bertanggungjawab untuk singkirkan lemak tetapi menyingkirkan mana-mana toksin dalam badan.


7. Buat senaman setiap hari

Senaman adalah satu kemestian jika anda mempunyai diabetes atau rintangan insulin. Kebaikan senaman adalah lebih daripada sekadar membakar kalori. Ia sebenarnya membantu merendahkan insulin, membantu untuk stabilkan tahap darah dan ia membantu anda untuk membakar lemak dan membina otot. Senaman yang menggunakan berat badan (weight-training) merupakan senaman yang membantu membina otot. Hal ini secara tidak langsung membuat badan anda lebih sensitif kepada insulin.

Paling mudah, anda hanya perlu bergerak selepas anda makan dalam sepuluh minit iaitu dengan berjalan pantas. Hal ini sebenarnya membantu glukosa daripada darah, masuk ke dalam sel-sel yang memerlukannya, seperti sel-sel otak dan otot. Pergerakan ringan selepas makan ini membantu anda “mengguna” balik kalori makanan yang telah diambil.

Sangat banyak senaman yang boleh dilakukan. Sebaiknya anda juga mempunyai jam tangan yang mempunyai “heart rate” dan “calori used” supaya dapat memantau jumlah kalori yang telah digunakan

8 Kurangkan stress dan tidur secukupnya

Tekanan atau stress terjadi bukan hanya disebabkan oleh perkara-perkara di luar diri anda, ia juga boleh disebabkan oleh perubahan gula dalam darah anda. Jika sel anda “kebuluran”gula atau jika tahap gula dalam darah terlalu rendah, badan anda akan menghasilkan hormon tekanan dipanggil kortisol.

Kesan dari stres, anda menjadi lebih cepat terganggu, cepat marah, cepat lapar dan mempunyai keinginan karbohidrat atau gula yang tinggi. Hal ini membuat anda menjadi lebih tertekan.

Jadi, dengan menstabilkan tahap gula dalam darah, anda akan berasa kurang tertekan dan anda akan peroleh tidur yang lebih baik.


9. Ubah apa yang anda minum dan cara anda minum

Peningkatan terbesar dalam pengambilan gula datang daripada minuman. Banyak minuman yang mengandungi tahap glukosa dan fruktosa yang tinggi. Jika anda mempunyai diabetes, anda perlu benar-benar berhati-hati apa yang anda minum.

Tiada apa-apa yang lebih baik untuk pesakit diabetes daripada air dan herba teh. Sedikit teh dan kopi tidak menjadi masalah tetapi anda perlu berhati-hati apa yang anda masukkan ke dalam dan apa yang anda makan bersamanya. Menggabungkan kopi dengan snek karbohidrat boleh menghantar gula ke dalam darah kali tahap tiga kali lebih tinggi. Ini kerana gabungan antara kopi dan makanan berkarbohidrat akan memberi kesan terhadap sensitiviti insulin.

Jika anda mempunyai habit suka menambah gula dan susu, kombinasi ini adalah sesuatu yang membahayakan. Susu sebenarnya membuatkan paras insulin menjadi tinggi, walaupun ia rendah karbohidrat.

10 Ambil supplemen setiap hari

Kita semua mungkin pernah dengar jika kita mengambil makanan yang seimbang kita akan dapat semua nutrisi yang kita perlukan. Sebenarnya perkara ini adalah TIDAK BENAR.

Pertama sekali, ada banyak nutrient yang kita tidak cukup untuk menampung keperluan kita dari makanan termasuk Vitamin C, D dan B12. Apa yang paling penting untuk memastikan untuk memaksimakan penyerapan ke dalam sistem tubuh kita.

Vitamin C dan B kompleks adalah penting untuk menukarkan gula kepada tenaga dan bukannya lemak.

Vitamin B6, B12 dan asid folik adalah penting untuk proses yang dipanggil metilasi (methylation). Ia penting untuk membuat insulin berfungsi sepenuhnya, dan juga neurotransmitter penting seperti adrenalin dan serotonin yang membuat anda bermotivasi dan dalam suasana yang baik.

Kekurangan Vitamin B ini menyebabkan tahap homocysteine menjadi tinggi dalam darah anda. Homocysteine (H) adalah asid amino yang terdapat secara semula jadi dalam darah. Tahap “skor H”-memberitahu kita bagaimana badan kita melaksanakan proses metilasi, Itulah sebabnya tahap “skor-H” anda adalah penting untuk statistik kesihatan.

Jika titik “skor H” anda adalah tinggi, anda memerlukan ketiga-tiga jenis vitamin B.
Jika proses metilasi tidak berjalan dengan baik dalam tubuh anda, ia akan meningkatkan homocysteine. Jadi anda perlu mengambil Vitamin B dan ia akan kembalikankan metabolism anda kepada normal.

Di German, mengambil ujian homocysteine adalah wajib. Skor H yang paling bagus adalah di bawah paras 7.Jika skor H anda lebih dari 7, ia menunjukkan anda kurang pengambilan Vitamin B.

Selain B Complex, terdapat beberapa supplement yang boleh bantu anda untuk mendapat paras gula yang normal seperti Vitamin C, Vitamin E, Zinc, Magnesium, Co-enzyme Q10, Resveratrol and anthocyanidins, milk thistle, gymnema sylvestre, alpha lipoic acid dan glutathione.

10 langkah ini lah yang perlu anda lakukan jika ingin kembali mendapat paras gula yang normal dan hidup tanpa dadah.

Filed Under: Detox Cara Sihat

Lignin Dan Polyphenol Dari Tandan Kelapa Sawit Kosong

By hiduphebat Leave a Comment

Selalukan kita dengar orang cakap tentang polyphenol (polifenol), betul tak.

Kebanyakkan tumbuh-tumbuhan memang ada polyphenol sebab secara asasnya polypehnol ini berfungsi untuk lindungi tumbuh-tumbuhan tersebut dari bakteria, fungus dan virus. Terdapat lebih kurang 8000 jenis polyphenol yang ada dalam tumbuh-tumbuhan.

Apa Itu Polyphenol?

Polifenol ini dicirikan oleh pemilikan satu atau lebih kumpulan hidroksil yang melekat pada cincin aromatik.

 

polyphenol

Nampak tak yang saya bulat-bulatkan tu. Ada OH (kumpulan hidroksil) yang terikat dengan gelang aromatik. Itulah sebatian kimia yang kita boleh panggil dia polyphenol. Itu dalam bahasa mudah.

Masa saya sambung Master, saya kaji tentang potensi lignin (bahan yang kita ekstrak dari tandan kelapa sawit kosong) untuk dijadikan perekat atau gam untuk perabot. Lignin ini merupakan salah satu polyphenol tapi struktur lignin adalah sangat besar. Ia bukan molekul ringkas. Tapi super molekul.

 

Struktur molekul lignin
Struktur asas lignin

Besarkan struktur lignin ini. Disebabkan lignin dari tandan kelapa sawit mempunyai polyphenol jadi ia berpotensi untuk digunakan sebagai pengganti phenol iaitu bahan yang toksik yang ada dalam rangkaian gam kayu. Kebanyakkan gam kayu yang ada dipasaran menggunakan gam phenol formaldehyde (PF).  Phenol dan formaldehye adalah bahan kimia yang agak toksik sebenarnya. Jadi, kajian saya semasa Master adalah untuk menggantikan sebahagian phenol dengan lignin dari tandan kelapa sawit.

Saya sebenarnya teruja buat projek ini sebab saya rasa kita dapat selesaikan masalah lambakan tandan kosong kelapa sawit yang menimbun di Malaysia. Dan kita sebenarnya dalam proses menghijaukan alam.

Lignin adalah Polyphenol So Boleh Makan Ke?

Tak semua polyphenol boleh terus dimakan sebab sebelum nak dijadikan sebagai bahan makanan perlu jalani ujian toksiksiti. Dalam kajian yang saya lakukan, lignin dari tandan kosong kelapa sawit dapat diganti dengan 50 % phenol. Alhamdulillah. Berpotensi sangat kan. Dah la Malaysia memang negara yang mengeluarkan minyak sawit anatar tertinggi di dunia. Di kilang kelapa sawit pun, berlambak tandan kelapa sawit kosong ini.

Lignin sebenarnya memang ada dalam tumbuh-tumbuhan. Ia berfungsi sebagai transpotation untuk air dan untuk melindungi tumbuhan dari terkena bakteria atau virus.

Itulah cerita saya bagaimana saya berkenalan dengan polyphenol. Dulu masa degree belajar stuktur yang mudah sahaja.

Makin saya kaji, makin saya rasa Allah Maha Hebat dan Allah Maha Mencipta.

Subhanallah.

Tapi sekarang saya nak cerita tentang kebaikan polyphenol yang boleh makan pulak?

Ada sesetengah polyphenol memang power. Nak tahu polyphenol yang mana

Ok saya akan bongkarkan 🙂

 

Filed Under: Detox Cara Sihat

Kenapa Nak Ulang Tahun Lepas, Tahun Ini?

By hiduphebat Leave a Comment

Assalamualaikum WBT, salam sejahtera dan salam seantero dunia.

Ini post pertama saya untuk Tahun 2019.

Alhamdulillah, Allah masih mengizinkan saya hidup di dunia ini dan masih beri peluang untuk saya perbaiki diri.

Peluang keemasan ini saya akan gunakan sebaiknya.

Tahun ni saya dah 35 tahun. Allah, dah lama hidup tapi rasa apa sangat yang saya dah buat untuk agama.

Tahun 2018 saya tinggalkan dengan penuh pengajaran.

Saya boleh katakan 8 bulan pertama O.K,  4 bulan terakhir K.O

Apa yang pasti saya tak nak ulang tahun lepas punya cerita tahun ni.

Tahun ini adalah tahun yang penuh gilang gemilang untuk saya.

Amin

 

 

Filed Under: Detox Cara Sihat

  • Page 1
  • Page 2
  • Page 3
  • Next Page »

Primary Sidebar

Kenali Saya, Perunding Takaful Insurans Anda

Recent Posts

  • Cara Hilangkan Bisul Bawah Ketiak / Kemaluan (Hidradenitis Suppurativa)
  • Cara Hilangkan Sakit Tekak Ulser Tonsil Dengan Cepat
  • Apa Penyakit Hidradenitis Suppurativa
  • Bepantang? Perlu Ke?
  • Kesan dan Risiko Kencing Manis Yang Tak Sanggup Nak Hadap

Recent Comments

  • Alvina on 10 Cara Hilangkan Kencing Manis Dengan Cepat
  • Nurul izzati Ramlee on Mizz Nina Idola Wanita Muslim
  • hiduphebat on Testimonial Set Detox Shaklee : Turun Berat Sampai 14 KG.
  • Mia Zain on Testimonial Set Detox Shaklee : Turun Berat Sampai 14 KG.
  • A WordPress Commenter on Hello world!

Archives

  • September 2020
  • September 2019
  • August 2019
  • April 2019
  • February 2019
  • October 2018
  • September 2018
  • July 2018
  • June 2018
  • April 2018

Categories

  • Bedah Buku
  • Detox Cara Sihat
  • Hidradenitis Suppurativa
  • Kecantikan dan Penjagaan Kulit
  • Kehamilan dan Penyusuan
  • Kencing Manis / Diabetes
  • Kesihatan
  • Kesihatan Kanak-Kanak
  • Kesihatan Lelaki
  • Kesihatan Wanita
  • Parenting
  • Product/Service Review
  • Set Produk Shaklee
  • Shine Power Biz Story
  • Takaful dan Kewangan
  • TanahAirku
  • Tip Kurus Tanpa Stress
  • Umum
  • Vivix

Terima Kasih , Sila Datang Lagi

  • 1
  • 369
  • 802
  • 281,774

Copyright © 2021 · Lifestyle Pro On Genesis Framework · WordPress · Log in