• Skip to content
  • Skip to primary sidebar
  • Produk Shaklee
  • Disclaimer
  • Tentang Saya
  • Hubungi Saya

Hidup Hebat

Blog Keluarga Anda

Tip Kurus Tanpa Stress

Cara Tingkatkan Kadar Metabolisma Badan Dengan Cepat

By hiduphebat Leave a Comment

Assalamualaikum WBT dan salam senatero dunia.

Nak tak saya kongsikan, cara mudah tingkatkan kadar metabolisma badan? Selalunya orang perempuan bila sudah berkahwin, kadar metabolisme akan menurunkan. Maka terjadilah drama-drama berat badan lambat turun tapi cepat naik. Kita senasib okay. Tapi ada juga kawan-kawan saya yang mempunya metabolisma yang tinggi. Makan nasi tengah malam pun, badan tak naik. Seronok betul, kalau macam tu kan.

cara tingkatkan kadar metabolisme dengan cepat

 

 

Apa itu metabolisme?

Metabolisme berasal dari perkataan Greek yang bermaksud perubahan atau transformasi.

Dari segi fungsi tubuh dan pemakanan, metabolisme adalah jumlah tenaga atau kalori yang dibakar oleh tubuh untuk mengekalkan fungsi-fungsi tubuh yang asas.

Tubuh anda sebenarnya membakar kalori dengan berterusan pada setiap ketika, bukan sahaja apabila anda bersenam, malah semasa anda tidur, menonton tv mahupun membeli belah. Sebagaimana sebuah kenderaan memerlukan minyak untuk menjana kuasa, metabolisme anda merupakan pengawal atau
pengurus ‘minyak’ untuk tubuh anda.

Adakah Metabolisme Bagi Setiap Individu Berbeza?

Ia bergantung kepada komposisi tubuh individu tersebut iaitu berdasarkan jumlah otot dan jumlah lemak di dalam tubuh. Tisu otot membakar atau menggunakan lebih banyak kalori untuk mengekalkan fungsinya berbanding dengan lemak. Maka, mereka yang mempunyai banyak tisu otot akan mempunyai kadar metabolisme yang lebih tinggi berbanding dengan mereka yang mempunyai lebih banyak lemak.

Bolehkah kadar metabolisme tersebut berubah?

Sudah tentu. Sekiranya anda sedang cuba menurunkan berat badan mahupun hanya untuk mengekalkan tahap kecergasan anda, meningkatkan metabolisme anda boleh membantu anda mencapai sasaran tersebut dengan lebih cepat.

Berikut merupakan 10 kaedah mudah untuk meningkatkan metabolisme anda:

10 Tip Cepatkan metabolisme Badan

    1. Minum Air Secukupnya. Anda mungkin biasa mendengar nasihat ini. Memang benar. Meminum 8 gelas air yang disyorkan oleh pakar pemakanan sebenarynya membantu tubuh anda untuk berfungsi pada tahap yang optimum.
    2. Jangan lupa suplemen kalsium. Kajian menunjukkan bahawa kekurangan kalsium di dalam tubuh mencetuskan hormon yang menyebabkan badan anda berpaut dengan lemak yang sebenarnya boleh dibakar. Anda juga boleh mendapatkan kalsium dari susu rendah lemak, keju, dadih, ikan salmon, taufu dan oatmil.
    3. Makan!Memakan snek dengan kerap dapat membantu. Sekiranya perut anda sudah mula memulas dan berbunyi, ia bermakna ia memerlukan ‘minyak’. Jika anda tidak makan, fungsi tubuh akan menurun dan anda mungkin akan memakan berlebihan pada waktu makan seterusnya. Pilihlah snek yang mempunyai kandungan fiber dan protin yang tinggi seperti buah-buahan, biskut berfiber tinggi atau dadih.
    4. Tidur yang cukup. Tidur sekurang-kurang 7 atau 8 jam setiap malam penting untuk mengekalkan metabolisme yang sihat. Kekurangan tidur boleh mengganggu kebolehan tubuh untuk membakar kalori. (Tidur yang lebih juga tidak baik dan mempunyai kesan yang sama!). Cuba kekalkan rutin tidur yang konsisten dan tidur dan bangun pada masa yang lebih kurang sama setiap hari.
    5. Jangan Stress. Stress meningkatkan jumlah kortisol di dalam tubuh. Kortisol merupakan hormon yang memberitahu tubuh untuk menyimpan lemak sebagai persediaan sekiranya di dalam situasi yang bertekanan tinggi. Melakukan senaman seperti yoga atau bermeditasi adalah contoh yang
      baik untuk membantu mengurangkan tekanan yang dihadapi.
    6. Sinar mentari baik untuk kesihatan dan metabolisme anda. Kajian menunjukkan bahawa menghabiskan masa yang lama di dalam persekitaran yang tertutup dan gelap mempunyai kesan fisiologi yang sama seperti apabila anda tidur atau menambahkan berat badan. Waktu terbaik untuk berada di luar adalah di antara jam 11 pagi dan 3 petang. Berehatlah sebentar dari tugas-tugas pejabat atau keluarlah dari rumah dan berjalan di luar. Selain daripada mendapatkan sedikit sinar matahari anda juga akan menaikkan kadar jantung anda dan dapat menghirup udara yang segar.
    7. Lakukan senaman menggunakan pemberat (weight training). Satu paun otot akan membakar 35 hingga 50 kalori manakala satu paun lemak membakar hanya 5 hingga 10 kalori. Meningkatkan otot di dalam tubuh dapat menaikkan kadar metabolisme asas (basal metabolic rate atau BMR) anda sehingga 40%. Anda tidak perlulah menjadi pengangkat berat seperti atlet bina badan. Menggunakan pemberat yang rendah dan melakukan bilangan ulangan yang tinggi juga terbukti dapat membina otot dan membakar lemak. Interval training atau latihan berkala adalah cara yang baik untuk mendapatkan kesan senaman yang maksimum sekiranya anda sibuk dan sukar mencari masa yang panjang untuk bersenam
    8. C untuk cergas. Suplemen Vitamin C juga penting. Vitamin C dan kalsium adalah rakan yang baik dalam meningkatkan metabolisme. Kalsium dapat mempercepatkan metabolisme manakala vitamin C membantu tubuh dalam penyerapan mineral tersebut
    9. Pedas! Sekiranya anda suka memakan makanan yang pedas dan bercili, ini berita baik untuk anda. Kandungan capsaicin di dalam cili mampu membakar kalori sehingga 30 minit selepas anda memakannya.
    10. Minum Teh Hijau atau Teh Oolong. Gantikan cawan kopi atau teh tarik yang kedua itu dengan teh hijau atau teh oolong. Teh hijau
      dan teh oolong mengandungi polifenol yang dapat meningkatkan kadar metabolisme. Anda perlu meminum 4 atau 5 cawan sehari untuk melihat kesannya. Ini perkongsian dari Kevin Zahri, pengasas Jom Kurus 1 Malaysia.

Tapi nak lagi mudah dan berkesan?

Cara Tingkatkan Metabolisme Dalam Badan Dengan Selamat

Point yang 10, Kevin Zahri mencadangkan untuk ambil Teh Hijau kan. Sekaramg saya nak kongsikan Teh Paling Power Untuk Tingtkan Metabolisme Dalam Badan. Berpeluh-peluh kalau minum. Kenapa saya cakap power? Sebab ia boleh meningkatkan kadar metabolisme sebanyak 4 kali ganda.

Memperkenalkan Energy Tea Mix.

 

CINCH ENERGY TEA MIX

 

 

 

MANFAAT CINCH TEA MIX
  • Rangsangan tenaga secara semula jadi dan selamat
  • Sedap diminum, sama ada panas atau sejuk
  • Alternatif terbaik kepada snek manis dan kopi
  • Cepat bertindak untuk meningkatkan tenaga
  • Bungkusan berbentuk “stick” yang mudah bagi setiap sajian
  • Tiada perisa, pewarna dan pemanis tiruan
KANDUNGAN CINCH TEA MIX
1. Matcha Greean Tea
  • antioksida yang sangat tinggi
  • energy booster
  • metabolisme booster
  • bakar kalori sebanyak 4x ganda
2. Taurina
  • menggalakkan metabolisme
  • lebih bertenaga
  • larutkan lemak
  • membantu menghasilkan otot tanpa lemak
3. White Tea
  • membakar lemak berlebihan
  • menghalang penghasilan sel lemak yang tak perlu
  • meningkatkan metabolisme
4. Rooibos Red Tea
  • melarutkan lemak
  • meningkatkan kadar metabolisme iaitu pembakaran lemak
  • agen detox yang kuat

Power ke power?

Serius Cinch Energy Mix ini memang power.

Tak sabar nak order?

Beli sekarang secara online, dan kami pos terus ke rumah anda!

 

 

kuruscepat

Filed Under: Detox Cara Sihat, Set Produk Shaklee

Testimonial Set Detox Shaklee : Turun Berat Sampai 14 KG.

By hiduphebat 2 Comments

Assalamualaikum WBT dan salam senatero dunia.

Saya masih belum dapat move on lagi dengan kawan saya ini. Bagaimana detox Shaklee bantu beliau turunkan berat sebanyak 14 KG sepanjang puasa!

Pada bulan Ramadhan yang lalu, saya dan kawan-kawan buat Ramadhan Detox Challenge sebab semua orang sudah rasa badan sendiri dah tak sedap. Berat naik, cepat penat, sugar craving, badan gatal-gatal, jerawat naik.

Jadi, kami sama-sama bergabung buat detox Shaklee ketika bulan puasa dengan harapan kami dapat mengurangkan nafsu makan, nafsu terhadap benda-benda manis dan sure boleh fokus pada ibadah dengan lebih baik.

Hari ini saya nak share kisah Puan A, dari Jerantut Pahang yang berjaya buang 14 KG sepanjang Ramadhan hari tu.
Beliau tidak mahu dikenali, jadi saya cover muka dia.

Cara Turunkan Berat Badan Dengan Mudah Cara Detox

Ini kisah beliau
———–

Saya nak cerita kenapa saya betul-betul nak turunkan berat.

Saya memang berbadan besar, tapi lepas bersalin baru-bari ini, berat badan lagi naik.
Di pejabat,  orang panggil saya tong, gemuk dan macam-macam lagi. Saya tak tinggi sangat tapi badan besar. Mungkin sebab tu orang panggil saya tong 😣. Saya tahan telinga jer walaupun sedih dan terluka dengan kata-kata mereka.

Tapi sebenarnya,  saya pun dah tak selesa berbadan macam ni tapi saya tak tahu macam mana nak mula.
Bila badan besar n, memang rasa badan tak sedap.  Pertama cepat mengah, bila dah duduk susah nak bangkit, kemudian, bahagian lutut selalu sakit sebab overload kan dan paling stress baju susah nak cari yang muat badan saya ni. Jeles tengok orang lain suka boleh pakai cantik-cantik. Jarang sangat saya dapat beli baju yang cantik yang sesuai dengan badan saya.

Jadi tak yakin dengan diri sendiri pun.

Bila tengok cermin, tengok diri sendiri, rasa sedih. Saya jadi tak suka bergambar. Kalau nak bergambar, snap di bahagian muka sahaja.

Tapi apa yang saya paling takut adalah kena penyakit. Kira kalau ikut berat saya ni, saya dalam kategori obese. Saya risau saya sakit. Saya mempunyai 4 orang anak, cuba bayangkan kalau saya sakit, siapa nak jaga mereka.

Tu yang jadi turning point saya nak detox dan nak kuruskan badan.

Saya dah tak selesa dengan badan ni tapi tak tahu nak start dari mana.

Saya nak say TQ so much kat group #ramdhandetoxchallenge sebab buat cabaran ni.

Bila ada cabaran, kita buat betul-betul.

Apa yang saya buat?

1. Sepanjang Ramadhan saya memang jaga portion bila sahur dan berbuka. Saya ikut plan makanan Shaklee walaupun bukan 100 %. Makan pun suku-suku-separuh.

2. Set Detox Shaklee pun saya amalkan dan ia sangat membantu.

Saya suka HerbLax Shaklee, DTX Complex Shaklee dan Peppermint gingger plus. Perut saya rasa lebih selesa dan jarang kembung. Alfalfa Complex pula berfungsi as fibre.

3. Setiap hari saya buat senaman ringan juga dalam 15 ke 30 minit. Yang mudah mudah je.
Saya pun tak sangka saya boleh konsisten di bulan puasa. Mungkin sebab saya nampak perubahan and it make me keep going.😀

Kesan Positif

1. Kesan yang paling saya nampak, walaupun saya jaga portion makan, makan tak banyak, perut saya cepat full. Tak de lah nak menambah-nambah makanan macam selalu .

2. Sugar craving dah berkurang. Kalau tak, nak minum manis jer.

3. Perut rasa lebih kempis sebab setiap hari membuang dengan baik.

4. Gelebeh  kat pinggang pun dah berkurang.

Saya happy sangat, timbang last day hari tu.

Turun 14 kg secara total. From 94.6 kg turun 80.5 kg😱.

Saya pun tak percaya tau. Suami siap cakap saya makin comel. Hihi.

 

Bukti Penimbang

5. Saya kini dah boleh pakai baju lama lama dulu.
Memang happy sangat-sangat. Tak payah pening kepala nak kena beli baju baru selalu.

Nak tau x, walaupun raya dah nak habis, berat saya naik 1 kg jer.

Saya akan teruskan habit yang saya buat masa puasa hari tu sampai saya dapat capai berat badan ideal dengan BMI normal.

Say tak nak masuk dalam statistik orang-orang obese di Malaysia lagi.

Syukur saya cepat sedar sebab berat saya hampir 100 kg!

Saya akan teruskan dan no turning back.

-Puan A, JERANTUT.

—–

Saya dan Puan A saling berhubung tau cerita tentang progress masing masing.

Alhamdulillah, ramai support bila kita nak ubah diri. Jadi, mesti tekad betul-betul nak ubah diri.

Jika anda pun dah tak larat nak bawa badan macam Puan A, jom sertai saya buat detox Shaklee.

Hubungi saya di www.wasap.my/60126891597 sekarang.

Jangan fikir lama sangat. Bertindak segera.

 

Filed Under: Set Produk Shaklee, Tip Kurus Tanpa Stress

Set Detox Shaklee : Kebaikan Buat Detox Cara Shaklee

By hiduphebat Leave a Comment

Assalamualaikum WBT dan salam senatero dunia.

Ramai yang ingin tahu lebih lanjut Set Detox Shaklee lepas saya kongsikan hal penurunan berat saya pada 12 KG yang pertama.

Sebelum saya terangkan lebih lanjut tentang Set Detox Shaklee, saya nak terangkan dulu kenapa kita perlu detox.

Kenapa Perlu Detox Badan?

Tubuh kita sering terdedah kepada toksin yang datang berpunca daripada persekitaran dalam aktiviti seharian kita, pemakanan yang bernutrisi rendah, dan juga tekanan dari gaya hidup kita sendiri. Tengok sahajalah asap kereta yang memenuhi ruang udara di kawasan yang mmepunyai kepadatan penduduk yang tinggi. Udara yang disedut pun penuh dengan debu-debu dan partikel yang kita tak tahu.

Dari mana datang bahan-bahan yang toksik ini?

  1. UDARA YANG TIDAK BERSIH ==> Di kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi selalunya mempunyai udara yang tidak bersih. Udara mengandungi asap, bahan partikel, bahan kimia yang berbahaya, racun dan lain-lain lagi.
  2. MAKANAN/ MINUMAN ==> makanan atau minuman yang mempunyai bahan pengawet, bahan pewarna, bahan pemanis tiruan yang memberi kesan yang tidak baik kepada usus terutama makanan segera.
  3. UBATAN ==>  Ubatan sintetik  juga boleh menyebabkan peningkatan toksin dalam badan
  4. RADIASI ==> Pendedahan terhadap sinar x-ray, bahan radioaktif dan gelombang mikro
  5. MAKANAN TIDAK DAPAT DI HADAM SEMPURNA ==> Makanan yang tidak dapat dihadam dengan sempurna dan tinggal akan usus akan mengalami tindakbalas biokimia dan meracuni tubuh anda dari dalam
  6. DEHIDRASI dan MALNUTRISI ==> kekurangan air dalam badan boleh menyebabkan tindakbalas enzim, sistem imun dan saraf yang meracuni sistem manusia.

Pendedahan yang kerap boleh mengakibatkan kebolehan semula jadi tubuh kita menyingkirkan toksik terganggu. Ia mengakibatkan tompokan toksik dan mendorong kepada berbagai masalah kesihatan. Oleh itu, amat penting untuk kita melakukan detoks dengan kerap.

Kebaikan Set Detox Shaklee Berbanding Program Detox Yang Lain

Program Detox Shaklee adalah program detox secara menyeluruh selama 7 hari dengan dibekalkan pelan pemakanan dan pengambilan suplemen Shaklee. Set Detox Shaklee boleh diambil setiap hari sebagai supplemen pemakanan yang berzat dan ia juga membantu dalam menangani sisa toksik berlebihan di dalam tubuh anda yang
berpotensi memberi kesan buruk akibat tekanan oksida.

Sekiranya anda melakukannya mengikut saranan, anda mampu memperoleh pelbagai kebaikan melalui program detoks ini antaranya seperti sistem penghadaman yang sihat, kulit yang lebih cantik dan bentuk tubuh yang elok.

 

Tidak seperti produk pencuci kolon atau laksatif, Solusi Menyeluruh Detoks Shaklee menggunakan
gabungan herba-herba dan nutrien semula jadi yang lain bagi menyokong proses detoksifikasi semula
jadi anda. Mari kita lihat 5 produk di dalam set ini yang membantu memberi anda permulaan yang lebih segar!

Fungsi Set Detox Shaklee

  1. Alfalfa Complex
    Perumah kepada pelbagai nutrien, Alfalfa mempunyai akar sepanjang 6 meter yang masuk ke dalam tanah bagi mencari nutrien dan mineral, manakala daunnya pula mampu mengumpul sejumlah besar klorofil
    melalui proses fotosintesis. Ia juga mempunyai rangkaian nutrien yang sangat luas, termasuk kalsium, fosforus, zat besi, magnesium, klorofil, bioflavonoids, mineral serta vitamin.
  2. Peppermint Ginger Plus
    Membekalkan herba semula jadi seperti pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk membantu melegakan serta meredakan sistem penghadaman anda.
  3. DTX™ Complex
    Formulasi unik hasil ekstrak benih milk thistle, cendawan reishi, skizandra cinensis, dandelion, kekunyit, dan articok, DTX Complex adalah tonik yang direka khas bagi memberi sokongan nutrisi untuk hati berfungsi secara sihat dengan cara melindungi serta memastikan kebolehan tubuh manusia berfungsi seperti
    normal dalam mengekalkan hati yang sihat
  4. Herb-Lax™
    Campuran proprietari yang dipertingkatkan dan ditambah lagi dengan
    daun sena, di mana secara tradisinya ia digunakan sebagai laksatif
    semula jadi, Herb-LaxTM berkebolehan membantu ketidakaturan yang
    berlaku pada tempoh tertentu. Ia menggalakkan pergerakan usus
    untuk memperbaiki proses pembuangan semula jadi tubuh
  5. Vivix®
    Ramuan lazat yang kaya dengan polifenol, iaitu sejenis phytokimia berasaskan
    dari tumbuhan yang membantu menjaga kepentingan sel anda. Vivix dihasilkan
    dari campuran botanic Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberry
    Eropah dan Lobak ungu. Campuran proprietari kami adalah berasaskan anggur
    muscadine menggunakan proses ekstrak yang berpaten.

Sudah ramai yang dapat manfaat detox ni. Nanti saya kongsikan testimonial pada pengamal set detox shaklee.

Daya,

Suka detox

Filed Under: Set Produk Shaklee, Tip Kurus Tanpa Stress

Misi Kurus 2018 : 12 KG Pertama Berjaya Dah Berjaya Dihapuskan. YeaY!

By hiduphebat Leave a Comment

Assalamualaimum WBT dan salam senatero dunia.

Awal tahun 2018 saya memang berazam mahu turunkan berat badan. Rasa dah tak tahan dah dengan badan yang semakin meningkat dan tubuh badan yang bagaikan di pam-pam. Selepasa bersalinkan Iman Haris bulan Julai tahun lalu, berat saya naik mendadak sehingga berat saya pada Januari 2018 sama dengan berat hari terakhir sebelum saya bersalin.

Bermula Januri 2018 saya mulakan dengan mengurangkan kadar pengambilan gula.
Dulu semasa mengandungkan Haris saya suka betul teh ais. Pantang lalu kedai makanan kegemaran saya tu, memang teh ais lah yang saya pesan. Mungkin sebab adik yang jaga kaunter di kedai tersebut baik kot. Jadi, selalulah nak singgah, nak borak-borak ringkas. Orang cakap cuba beramah- tamah.

Mengurangkan kadar gula ini termasuk kurangkan gula dalam minuman kopi, berhenti minum teh ais, milo ais dan air-air manis, mengurangkan pengambilan kuih-muih yang manis, kek dan biskut. Bukan tak ambil langsung tapi mengurangkan. Jumlah berat dari Januari 2018- pertengahan Mei 2018 (sebelum puasa) adalah 4.4 Kg.

2 minggu sebelum puasa tangan dan belakang badan naik gatal-gatal macam jerawat. Ya Allah, sangat tak selesa. Pertama kali saya kena macam ni. Tangan pula asyik nak menggaru sahaja. Gatal-gatal belakang badan pula buat saya rasa tak selesa sebab ia jadi sakit bila bersentuh dengan baju. Gatal-gatal ini memang buat saya tak selesa sangat. Nak buat kerja pun tak senang.

Saya tahu saya perlu detox. Mungkin dah banyak sangat racun dan toksik dalam badan saya. sehingga ia menzahirkan dengan cara mengeluarkan gatal-gatal yang kurang menyenangkan.

Sebelum masuk bulan Ramadhan 1439H, saya terfikir lebih  baik saya buat detox dengan menggunakan produk Shakee yang sememangnya mempunyai set yang khas untuk detox. Kali ini memang nak betul-betul bersihkan badan. Tapi saya ada satu kerisauan nak masuk Ramadhan kali ini. Saya risau saya tidak cukup susu.

Sebenarnya saya sudah 2 tahun tidak berpuasa penuh.

Bulan Ramadhan pada tahun 2016 saya berada di fasa awal kehamilan. Lebih dari 20 hari saya tidak dapat puasa. Dan lebih tepat lagi di bulan puasa 2016 saya terkena jangkitan kuman di telinga. Pedih dan sakit sangat dalam telinga sampai berdarah. Saya terpaksa berbuka sebab tak tahan dengan kesakitan yang dialami dan terpaksa makan ubat tahan sakit.

Namun, takdir Allah,  selepas dua minggu menyambut Aidilfitri 2016, saya mengalami keguguran.

Namun begitu, Allah permudahkan rezeki saya, beberapa bulan selepas keguguran saya, saya hamil semula. Alhamdulillah.

Dan pada bulan Ramadhan 2017 saya berada di hujung fasa kehamilan anak ke empat. Ketika itu, saya juga tidak mampu berpuasa penuh.

Jadi, sebenarnya saya sudah lama tak berpuasa. Sama ada puasa sunat atau puasa wajib. Saya pun belum mampu untuk ganti puasa-puasa yang saya tinggalkan masa tu. (Tahun 2018 ni baru nak pulun ganti semula puasa yang dah ditinggalkan).

Disebabkan dah lama tak berpuasa, saya agak risau untuk masuk bulan Ramadhan tahun ini. Risau susu badan drop Dah lah saya menyusukan 2 orang anak.

Saya bersyukur mempunyai support group dalam bab-bab motherhood ni. Ramai kawan-kawan yang berkongsi dengan saya cara untuk mengekalkan pengeluaran susu semasa bulan puasa. Alhamdulillah, saya lebih bersedia dari segi fizikal dan mental. Bulan Ramadhan setahun sekali, jadi kalau boleh saya nak fokus pada ibadah dengan kadar optimum tanpa stress pada perkara yang remeh temeh.

Saya membuat persiapan yang agak rapi untuk puasa tahun 2018 ini kerana saya mengharapkan saya masih dapat menyusukan dua orang anak, Iman Haris ( 10 bulan) dan Iman Al- Hadid (3 tahun) seperti biasa. Saya belum dapat wean-off kan lagi Hadid lagi sebab dia sentiasa mahukan susu. Jadi, memasuki bulan Ramadhan 2018 ni amat mendebarkan. Dah lah nak menyusukan anak kemudian nak pulak buat detox.

Saya mula bertanyakan kawan-kawan sekapal yang nak buat detox masa Ramadhan. Bukan apa kalau buat sorang-sorang tanpa group support nanti takut ke lautan dalam pula. Ramai-ramai lagi seronok dan saling memotivasi. Akhirnya, dalam 27 orang juga lah yang join Ramadhan Detox Challenge ni.

Kami berkongsi objektif yang sama iaitu mahu buat “cleansing body”, kurangkan sugar craving, dan mahu makan berpada-pada supaya dapat fokus pada ibadah ( Kami buat tadarus juga ).

Bagaimana Detox Berjalan Semasa Bulan Ramadhan.

Pelan pemakanan sepanjang bulan Ramadhan telah disediakan oleh pihak Shaklee untuk menu sahur dan berbuka. Dan disebabkan ini adalah Detox Shaklee Way, seharusnya detox ini perlu ambil suplemen dari produk Shaklee yang untuk selama tujuh hari. Tapi saya buat penuh sebulan.

 

Sepanjang puasa dengan buat detox, berat turun 8 kg 😍. Saya pun tak sangka.Memang rasa lebih bertenaga masa puasa yang lepas. Dapat fokus 10 malam terakhir tanpa rasa terlalu penat. Satu lagi saya perasan, perut makin mengecil sebab rasa cepat penuh. Dan yang paling bestnya, gatal-gatal satu badan dah berkurangan. Syukur sgt. Tangan saya pun dah bersih dari kudis.

 

 

 

Just nak bgtau, sepanjang berbuka dan sahur, saya tak pernah skip makan nasi. Ye, memang makan nasi tapi ikut saranan KKM, makan dengan cara #sukusukuseparuh

Kini walaupun sudah hampir 3 minggu bulan puasa berlalu, berat saya masih dapat kekalkan angka 7 di hadapan. Padahal banyak pergi rumah terbuka. 😅😅

Apa yang saya dapat dari program detox Shaklee ni

1. Kurang sugar craving
2. Perut cepat penuh
3. Kulit glowing
4. Gatal-gatal dah berkurangan
5. Prefer makan #sukusukuseparuh
7. Suka makan buah terutama nenas.padahal dulu tak suka langsung buah nenas. Nenas bagus untuk fibre.
8. Mudah membuang

Alhamdulillah.

Setiap tindakan pasti ada hasilnya.
Yang penting jangan putus asa.

Dan keep istiqamah.

Ada lagi 23 KG untuk dibuang! Dan yang bestnya saya dah jumpa FORMULA RAHSIA untuk mudahkan capai #misikurusdaya2018.

Bagi sesiapa yang nak kurangkan berat, do it now. InsyaAllah, hasilnya manisssss….

-Daya Rudy
Ratu Detox Shaklee

Nak tanya pasal detox ni boleh wasap sini
www.wasap.my/60126891597

 

 

 

Filed Under: Detox Cara Sihat

Siapa Daya dan Rudy?

By hiduphebat Leave a Comment

Assalamualikum WBT dan salam seantero dunia.

Ini adalah blog baru saya dan suami.
Orang cakap “two heads is better than one” kan.

Blog baru ini sebenarnya untuk beri nafas baru kepada kami berdua. Sebelum ini kami menggunakan medium blogspot. Dan untuk ke level seterusnya, saya cabar diri saya untuk mempunyai blog menggunakan wordpress. Suka nak belajar benda baru. Ya, wordpress ini agak compplicated tapi seronok untuk belajar lagi dan URL pun lebih pendek dan senang ingat.

hiduphebat.com

Saya suka domain ini sebab secara jujur saya ingin jadikan hidup kami sekeluarga adalah hidup yang hebat di bawah syariat Allah. Dan ingin memberi inspirasi kepada orang lain yang mempunyai impian yang sama yang mahu menghebatkan diri.

Hidup hebat ini bukanlah semata-mata nak cari berapa banyak harta. Tidak.
Hidup hebat bagi saya adalah bagaimana kita menjalani hidup ini untuk memberi manfaat kepada manusia dan berani berubah untuk menjadi hamba yang lebih baik pada Allah.

Hidup hanya sekali kan. Pastikan ianya yang terhebat dan perlulah bertindak pada hari ini.

Siapa Daya dan Rudy?

Kami sepasang suami isteri yang saling menyayangi dan saling “bertumbuk” di rumah. Haha.
Ok. Ok serius.

Kami sepasang suami isteri yang ingin berkongsi tentang apa yang kami tahu dan moga ia memberi manfaat kepada semua manusia di dunia ini. Amboi, baru 1 entry dah bajet satu dunia baca blog kau. Hihi.

Salam perkenalan semua!

Daya Rudy

Filed Under: Detox Cara Sihat, Umum

  • « Previous Page
  • Page 1
  • Page 2
  • Page 3
  • Next Page »

Primary Sidebar

Kenali Saya, Perunding Takaful Insurans Anda

Recent Posts

  • Cara Hilangkan Bisul Bawah Ketiak / Kemaluan (Hidradenitis Suppurativa)
  • Cara Hilangkan Sakit Tekak Ulser Tonsil Dengan Cepat
  • Apa Penyakit Hidradenitis Suppurativa
  • Bepantang? Perlu Ke?
  • Kesan dan Risiko Kencing Manis Yang Tak Sanggup Nak Hadap

Recent Comments

  • Alvina on 10 Cara Hilangkan Kencing Manis Dengan Cepat
  • Nurul izzati Ramlee on Mizz Nina Idola Wanita Muslim
  • hiduphebat on Testimonial Set Detox Shaklee : Turun Berat Sampai 14 KG.
  • Mia Zain on Testimonial Set Detox Shaklee : Turun Berat Sampai 14 KG.
  • A WordPress Commenter on Hello world!

Archives

  • September 2020
  • September 2019
  • August 2019
  • April 2019
  • February 2019
  • October 2018
  • September 2018
  • July 2018
  • June 2018
  • April 2018

Categories

  • Bedah Buku
  • Detox Cara Sihat
  • Hidradenitis Suppurativa
  • Kecantikan dan Penjagaan Kulit
  • Kehamilan dan Penyusuan
  • Kencing Manis / Diabetes
  • Kesihatan
  • Kesihatan Kanak-Kanak
  • Kesihatan Lelaki
  • Kesihatan Wanita
  • Parenting
  • Product/Service Review
  • Set Produk Shaklee
  • Shine Power Biz Story
  • Takaful dan Kewangan
  • TanahAirku
  • Tip Kurus Tanpa Stress
  • Umum
  • Vivix

Terima Kasih , Sila Datang Lagi

  • 0
  • 62
  • 346
  • 309,311

Copyright © 2021 · Lifestyle Pro On Genesis Framework · WordPress · Log in