Ramai orang tanya, perlu ke makan suplemen? Bukankah kita sudah makan sihat setiap hari? Cukup kan nutrisi dari makanan yang kita makan setiap hari?
Jawapan saya, ia bergantung kepada diri, pengalaman dan pemikiran anda 😆
Di sini saya ingin kongsikan pengalaman saya dan kenapa akhirnya saya amalkan makan suplemen semulajadi yang berkualiti.
Ketika saya melahirkan anak yang pertama, saya masih sambung di peringkat Master di USM dalam bidang Kimia.
Menjadi “first time” mama, masih belajar di peringkat Sarjana (Penyelidikan) dan masih tinggal berasingan dengan suami bukanlah perkara yang mudah. Saya terpaksa melakukan Perkahwinan Jarak Jauh (PJJ) dengan suami kerana suami saya bertugas di Selangor dan saya pula belajar di Penang.
Perkara pertama yang menghantui diri saya adalah bab menyusukan anak.
Sebelum saya bersalin, saya sudah pun membaca artikel-artikel tentang penyusuan. Sungguh rasa teruja nak susukan anak. Namun, ianya bukahlah semudah yang saya sangka.
Ketika berpantang saya sudah pun campur dengan susu formula. Takut bayi saya tak cukup susu kerana asyik menangis ketika waktu malam, saya tanpa rela sebenarnya memberi susu formula kepada anak saya.
Namun, usaha saya nak menyusukan anak dengan susu badan diteruskan. Sahabat saya Puan Farha memperkenalkan saya dengan Puan Lyna. Melalui Puan Lyna lah saya berkenalan dengan “Set Penyusuan Shaklee”. Saya mencuba set ini dengan harapan susu badan menjadi banyak dan saya dapat teruskan penyusuan kepada anak lelaki saya. Puan Lyna juga berpesan supaya kerap mengepam dan makan makanan yang berkhasiat juga minum air yang cukup. Sebab Set Penyusuan Shaklee ni bukan magic, ia adalah vitamin yang memenuhi keperluan badan si ibu.
Pada permulaannya saya sangat gembira. Ada peningkatan dari segi jumlah pengeluaran susu. Bolehlah dapat 3-4 oz sekali pam ketika waktu makan tengahari. Saya perasan badan jadi lebih bertenaga. Namun, akibat jadual ekperimen yang memerlukan pemerhatian sepanjang masa, saya banyak skip jadual mengepam. Saya masih mengjangkakan susu masih okay walaupun tidak pam.
Namun, saya silap. Nak menyusukan anak atau nak pam susu untuk anak, konsep pertama yang perlu difahamkan ialah pertama Demand VS Supply. Saya yang agak sibuk dengan kerja-kerja lab tidak sempat untuk mengepam. Ketika jadual eksperimen saya tidak ketat, tiada sample yang memerlukan pemerhatian sepanjang masa, ha, ketika itulah baru saya mulakan mengepam susu. Hasil ada cuma tak meriah. Sebenarnya agak stress kerana pam susu saya adalah manual dan ia sebenarnya amat menyakitkan. Namun saya bersyukur, ada juga rezeki untuk si kecil.
Motivasi saya untuk terus menyusu badan makin lama makin hilang. Selain dari kurang waktu untuk mengepam, namun saya sendiri rasa tidak selesa untuk mengepam ketika selepas buat kerja-kerja makmal. Badan berpeluh-peluh, tangan pula mengendali bahan kimia toksik, ia amat tidak selesa sekali walaupun saya memakai sarung tangan. Jadi, akhirnya susu drop dan drop akibat tiada ransangan.
Namun, saya masih mengambil suplemen “Set Menyusu Shaklee” kerana saya berasa badan lebih bertenaga dan kulit tidak kusam seperti dulu. Tapi itu bukahlah penyebab utama saya untuk terus makan suplemen. Saya ambil untuk memenuhi keperluan badan.
Ketika anak saya, Iman Haikal umur setahun lebih, dia terkena chicken pox. Dan akibatnya saya pun turut dijangkiti chicken pox. Itulah pertama kali seumur hidup.
Inilah pengalaman yang mengerikan buat saya. Gatal satu badan tak payah cakap dan apa yang menakutkan saya ialah chicken pox naik di muka dan meninggalkan parut hitam dan banyak. Penuh satu muka. 😥
Sepanjang saya remaja, saya tidak pernah mempunyai jerawat yang kronik. Jerawat sebiji dua tu biasalah, cuma tak pernah kena jerawat batu. Kulit saya kulit yang normal dan boleh dikatakan flawless lah (perasan sangat kan 😛 ) Saya bersyukur dengan kurniaan Allah.
Namun, bila diuji dengan kulit yang penuh parut hitam satu muka, saya mula rasa rendah diri, mula merasakan diri tidak cantik, tiada keyakinan berhadapan dengan orang, nak jumpa suami pun rasa malu. Orang cakap kita sebagai isteri biarlah sejuk mata dipandang suamikan. Namun, kalau dah muka penuh parut, tak tahu tang mana nak bagi sejuk mata suami. Walaupun hakikatnya suami saya tak pernah berkata apa-apa tentang kulit saya ketika itu. Cuma, saya merasakan saya sudah tidak cantik di mata suami.
Pada mulanya saya mula bersahaja bila berdepan dengan orang. Namun, bila melihat reaksi orang yang terkejut dengan parut saya, saya mula down. Saya risau orang geli dengan muka saya. Ya, itulah yang rasa rasa ketika itu. Saya tak mampu nak berfikiran positif langsung.
Saya ketika itu berkata dalam hati, “Dah alang-alang makan suplemen Shaklee, baik aku cuba vitamin untuk kulit. mana tahu kulit aku jadi elok” selepas melihat beberapa testimonial kawan-kawan yang mendapat kulit yang cantik selepas makan Shaklee.
Tapi sebelum nak makan produk yang mana saya buat research sikit di Google tentang vitamin yang penting untuk kulit cantik. Kebanyakkan website anjurkan ambil vitamin A, B, C, E, GLA, Omega 3, Zinc dan Magnesium.
Akhirnya saya decide untuk cuba
- Soya protien – (ESP)
- vitamin C- (Sustained Release Vita C)
- vitamin E- (Vita E)
- GLA Complex
- B Complex
Jujur saya cakap, inilah pertama kali saya mengambil Vitamin E, GLA Complex. Yang lain tu dah pernah makan sebab ada dalam Set Menyusu Shaklee.
So, what happen next?
Bulan pertama, parut hitam mula surut. Ada, tapi pudar dan kalau tengok dari jauh tak nampak sangat pun.
Bulan ketiga, muka dah clear.
Dan ketika inilah saya sedar, yes, supplement works! Makan suplemen Shaklee berkesan untuk mengatasi masalah parut akibat chicken pox. Parut makin clear dan paling saya terkejut kulit nampak glowing sangat. Kenapa ye?
Baru saya tahu GLA Complex bantu “glow’ kan kulit sebab ia adalah dari minyak borage.
Kawan-kawan mula perasan muka saya makin okay.
Jujur saya cakap, saya sangat gembira. Hilang satu belenggu hidup masa tu.
Keyakinan datang semula. Bibir boleh tersenyum riang. Hati lebih berbunga.
Apa yang saya belajar dari pengalaman ini.
- Apa yang kita perlu, tak semestinya orang lain perlu. Contoh bab makan suplemen ni. Ada orang kulit dah cantik, dah mulus, dah flawless, gebu gebas. Macam saya kulit dah teruk, jadi saya perlukan sesuatu untuk baiki balik kulit saya ni. Saya tak berminat untuk pergi klinik kulit or klinik kecantikan kulit kerana saya tahu perkihdmatan sebegini bukanlah murah. jadi saya iktiar dengan supelem dulu.
- Beli produk suplemen yang berkualiti.
Nak makan suplemen, tengok brand dulu. Tolong buat research di internet dulu. Apa prinsip syarikat supemen tu. Bahan yang macam mana dia guna. Dari sumber semulajadi atau tidak. Syarikat suplemen buat kajian tak ke atas produk-produk mereka? Ada no. KKM tak? Tengok review dulu. Kemudian baru lah decide nak beli ke tak.
3. Rajin berkongsi dengan orang lain. Orang cakap, benda baik wajib kongsi. Mana tahu ada orang lain yang ada masalah yang sama dan tengah mencari penyelesaian.