Selalukan kita dengar orang cakap tentang polyphenol (polifenol), betul tak.
Kebanyakkan tumbuh-tumbuhan memang ada polyphenol sebab secara asasnya polypehnol ini berfungsi untuk lindungi tumbuh-tumbuhan tersebut dari bakteria, fungus dan virus. Terdapat lebih kurang 8000 jenis polyphenol yang ada dalam tumbuh-tumbuhan.
Apa Itu Polyphenol?
Polifenol ini dicirikan oleh pemilikan satu atau lebih kumpulan hidroksil yang melekat pada cincin aromatik.
Nampak tak yang saya bulat-bulatkan tu. Ada OH (kumpulan hidroksil) yang terikat dengan gelang aromatik. Itulah sebatian kimia yang kita boleh panggil dia polyphenol. Itu dalam bahasa mudah.
Masa saya sambung Master, saya kaji tentang potensi lignin (bahan yang kita ekstrak dari tandan kelapa sawit kosong) untuk dijadikan perekat atau gam untuk perabot. Lignin ini merupakan salah satu polyphenol tapi struktur lignin adalah sangat besar. Ia bukan molekul ringkas. Tapi super molekul.

Besarkan struktur lignin ini. Disebabkan lignin dari tandan kelapa sawit mempunyai polyphenol jadi ia berpotensi untuk digunakan sebagai pengganti phenol iaitu bahan yang toksik yang ada dalam rangkaian gam kayu. Kebanyakkan gam kayu yang ada dipasaran menggunakan gam phenol formaldehyde (PF). Phenol dan formaldehye adalah bahan kimia yang agak toksik sebenarnya. Jadi, kajian saya semasa Master adalah untuk menggantikan sebahagian phenol dengan lignin dari tandan kelapa sawit.
Saya sebenarnya teruja buat projek ini sebab saya rasa kita dapat selesaikan masalah lambakan tandan kosong kelapa sawit yang menimbun di Malaysia. Dan kita sebenarnya dalam proses menghijaukan alam.
Lignin adalah Polyphenol So Boleh Makan Ke?
Tak semua polyphenol boleh terus dimakan sebab sebelum nak dijadikan sebagai bahan makanan perlu jalani ujian toksiksiti. Dalam kajian yang saya lakukan, lignin dari tandan kosong kelapa sawit dapat diganti dengan 50 % phenol. Alhamdulillah. Berpotensi sangat kan. Dah la Malaysia memang negara yang mengeluarkan minyak sawit anatar tertinggi di dunia. Di kilang kelapa sawit pun, berlambak tandan kelapa sawit kosong ini.
Lignin sebenarnya memang ada dalam tumbuh-tumbuhan. Ia berfungsi sebagai transpotation untuk air dan untuk melindungi tumbuhan dari terkena bakteria atau virus.
Itulah cerita saya bagaimana saya berkenalan dengan polyphenol. Dulu masa degree belajar stuktur yang mudah sahaja.
Makin saya kaji, makin saya rasa Allah Maha Hebat dan Allah Maha Mencipta.
Subhanallah.
Tapi sekarang saya nak cerita tentang kebaikan polyphenol yang boleh makan pulak?
Ada sesetengah polyphenol memang power. Nak tahu polyphenol yang mana
Ok saya akan bongkarkan 🙂